Tempat menghantar karya secara online. Setiap karya yang terpilih akan disiarkan di blog yang bersesuaian. Anda juga boleh mempromosikan blog anda dengan menyertakan URL website anda. Selamat berkarya!


Sila isikan karya anda di sini.

Nama
Nama Pena
Email
URL (Jika Ada)
Mahu Papar URL (Jika Ada)
Tema Karya
Jenis Karya
Bukan original, nyatakan sumber
Tajuk Karya
Isi Karya


* Hanya karya yang terpilih sahaja akan disiarkan. Sila hantar karya yang mempunyai perenggan, susunan bahasa dan ejaan yang betul bagi memudahkan proses suntingan yang dilakukan secara manual.


* Penulisan yang menggunakan bahasa SMS atau singkatan yang keterlaluan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Sajak Kupu-kupu Kertas

Kupu Kupu Kertas

3612856195ed4f6c06a8o Sajak Kupu kupu Kertas

Telah ia lalui malam panjang yg kelam,
berbega ke daerah sepi,
bersama rindu yang tak bertepi,
menggesit bayang samar,
kupu-kupu kertas berlegar hampa
remuk redam hati dalam kehibaan
meski tiada bersayap renda penuh keindahan
apa yang termiliki hanya hati penuh kecintaan
namun tetap tersingkir ke perdu hampa,
kupu kupu kertas..
masih berlegar sepi
ke daerah penuh menanti
kan ada harapan infiniti

Nama Pena:
perawancinta oktober



Sumber: http://www.ipuisi.com/sajak-kupu-kupu-kertas

Sajak: Apa Kau Fikir Kau Hebat?

3551399249 98995bdf4c z Sajak: Apa Kau Fikir Kau Hebat?

Apa Kau Fikir Kau Hebat?

Andai Memetik Akan Nama,
Maka Janganlah Bersangka Serong Akan Kata,
Kerna Puisi Itu Hamparan Jiwa,
Yang Ditenun Dari Bayangan Makna,
Niat Yang Tulus Tidak Bererti Andai Geraknya Hampa,
Membikin Cela Menghimpun Angkara Mengundang Bencana.

Dapatkah Memaut Kaseh Dari Rindu Yang Menghambat,
Andai Sering Terhambur Kesat Walau Niatmu Kepalang Hebat,
Apatah Lagi Untuk Mengharap Cinta Mendarat,
Jika Egois Menggunung Amarah Kau Pegang Erat,
Lupakan Sahaja Walau Dapat Kau Himpun Sejuta Kudrat.

Kelak Akan Mengkhianatimu Tanpa Belas Mahu Mendekat,
Saat Itu Baru Kau Tahu Namun Segalanya Sudah Tersurat,
Jangan Kau Tangis Akan Nasib Kerna ALLAH Itu Maha Adil
Takkan Menganiaya Hambanya Yang Mahu Bertaubat…

Nukilan:
Boy Ahmad
Email: boy.ahmad82@gmail.com

Image credit : batabidd



Sumber: http://www.ipuisi.com/sajak-apa-kau-fikir-kau-hebat

Isi Hati dan Kebimbanganku

294530010 18543b4c6b z Isi Hati dan Kebimbanganku
Isi Hati dan Kebimbanganku
Aku pernah takut menulis puisi
Tentang gambaran hati yang begitu bahagia
Atas syukur tiada tara karena kehadirannya
Aku pernah enggan menulis perasaanku
Tentang rasa yang berbeda dari sebelumnya
Yang datang tiba-tiba, buatku seolah menari riang di taman Surga

Aku pernah ragu menulis pikiranku
Tentang bayang yang melekat di benak
Selalu…. meski tak sepenuh waktu
Setiap bait puisi menari-nari dalam diamku
Kunikmati untaian kata dengan senyum terindah
Lalu memanggil angin tuk membawanya terbang di udara
agar aku tenang tanpa harap.

Kiriman:
Ibrahim
Image credit to  Jim Skea

Puisi : Seorang Kekasih

jilbab Puisi : Seorang Kekasih

SEORANG KEKASIH

Seorang kekasih,
dikala terlantar sakit duka pengalaman,
dia datang dengan penyembuh,
laksana hujan yang turun setelah setahun kemarau,
menjalarkan pohon – pohon ceria,
melembabkan tanah tandus di padang hati.
Bila waktu senggang,
dia akan penuhi dengan hilai mesra bicara
dalam batas susila.

Hati mesti dipenuhi,jiwa mesti diisi,
persis kontang sebuah gurun
sang musafir mengharap
pepohon tumbuh segar
meneduh dan merimbun mekar sebuah kasih sayang
tanpa menghitung saat yang akan berlalu.

Seorang kekasih,
bila tempang semangat,
dia datang dengan seberkas api
untuk kau berdiang dari kemurungan,
memberi hijau kehidupan yang layu,
membuang apa yang kau kutip,
apa yang telah dipungut
dari jerih kehidupan lalu,
jangan pinggirkan hatinya,
diapun ada secebis duka yang tak bisa terungkap,
ada dukacita tak mampu digarap,
demi keutamaanmu,dia bersusah lelah,
lupakan apa yang telah ditelan dan dihadam.

Seorang kekasih,
dialah lautan kehidupan untuk kau pancing makna sebuah pengorbanan,
tanpa diupah tanpa disuruh,
malah ada kala terlupa
berterima kasih atas segala yang telah diberi.

Seorang kekasih,
dialah kebun yang akan buat kau leka sepanjang hari
dengan tanaman kepercayaan,
menyulat apa yang kurang,membaja bila tumbuh
dan mengutip
bila telah tiba musim
sejauh mana hasil dipungut,
datang dari benih jujur dan percaya dalam dirimu.

Meneliti kehidupan kekasih,
perlu kesabaranmu.

~ Moktha ~
15.06.2010


Sumber: http://www.ipuisi.com/puisi-seorang-kekasih

Puisi Ketuhanan : Terimalah Taubatku

Terimalah Taubatku

Kupernah miliki teman
Di saat tiada siapa peduli
Ayahanda bonda terlalu asyik mencari rezeki
Acapkali mendesak itu ini
Dialah insan yang paling memahami
Katanya
"Usah fikir-fikir lagi masalah itu,
Lupakan dan teruskan hidupmu. Hidup ini mesti dinikmati"

Bawalah aku olehnya ke dunia itu
Hati yang gundah mula bergelora
Takut untuk mencuba kutepis kerna nafsu
Nasihat orang tua kuganti ajakannya
Bisikan iblis penghasut terus menggoda
Hati yang hitam terus kelam
Akal yang kebelakang terus songsang
Jiwa yang sempit terus terhimpit

aku pembunuh paling kejam
aku penghancur harapan ayah bonda
aku pemusnah iman yang tersisa
aku pelenyap tarbiyah yang sedang dibina
hanya kerana rasa kecewa yang dicipta-cipta

taubat Puisi Ketuhanan : Terimalah Taubatku

Entah bila
Entah bagaimana
Tersedarlah diriku agar menghitung usia yang berlalu
Tidak pula bisa kukira
Berapa lagikah usia yang aku ada
Untuk menggantikan dosa dengan pahala

Aku mulai terjaga
Akulah mangsa tipu daya fatamorgana
Mujurlah ada teman yang sudi
Mengajakku kembali ke fitrah asal
Pintu hidayah telah terbuka
Terimalah taubatku ya ilahi!

Nukilan:
NuRmaWaddah


Sumber: http://www.ipuisi.com/puisi-ketuhanan-terimalah-taubatku

Sajak : Siapa Aku?

tumblrlgshyxeqhh1qzvj6u Sajak : Siapa Aku?

Siapa aku?
Persoalan yang sering bermain-main,
Inginku bertanya kepada sekitarku,
Siapa aku?
Siapa anda?
Siapa mereka?

Gelodak fikiranku mula bergelora,
Ingin mengetahui segala,
Adakah aku seperti burung?
Yang mampu terbang ke angkasa,
Mencari makanan di awal pagi,
Pulang ke sarangnya di senja hari,

Tidak!!
Aku mampu berfikir,
Mempunyai akal fikiran,
Aku tidak hanya membatu,
Aku cuba hidup dengan caraku sendiri

Apalah dayaku,
Ingin membandingkan hidupku,
Takdirku telah ditetapkan Tuhan,
Aku redha, aku pasrah,

Aku tidak boleh hidup sendirian,
Aku masih lemah,
Aku dambakan sekitarku menyokongku,
Ibarat anak kecil yang cuba bertatih,
Mengharapkan petunjuk untuk mula melangkah

Subuh telah menjelang,
Matahari mula terbit di ufuk timur,
Menampakkan susuk tubuh bumi,
Persoalanku telah terjawab,

Siapa aku?
Aku hamba ciptaan Tuhan,
Yang mendambakan cahaya Mu,
Agar aku dapat terus bernafas,
Tanpa sebarang persoalan lagi.

Nukilan:
Muhammad Zulhusni bin Zulkafli


Sumber: http://www.ipuisi.com/sajak-siapa-aku

Puisi Buat Insan Bernama Izzuddin



Izzuddin,
ku kenal dikau
untuk dijadikan pengubat hati,
duka dan lara.

Namun, kau telah
punyai suri sendiri.
Maka ku nekad menjadikan dikau
temanku
untuk mengubat duka dan lara.

Adakalanya tangis membasahi
pipiku, kerna aku sedar
bukan kau yang akan mengesat
tumpah air mataku,
dan kau takkan pernah memahami
sakitku.


Namun apakan daya,
ku teruskan jua...
Ku teruskan jua nekadku
untuk menjadikan kau sahabat.

Namun,
kau tidak serupa.
Aku tidak cukup memberi kesan
untuk dipedulikan oleh mu.

Maka, seperti yang ku jangka...
hubungan kita sebagai teman
tidak akan
kekal lama.

Nukilan Rasa Hati:
Aleesha Roxxy

Sajak: Kebebasan

Malaysia,
Negara sentosa nan makmur,
Sentosa kerana jasa,
Makmurnya lantaran merdeka,
Namun,
Intisari merdeka terus diseleweng.

Golongan tua faham akan perihnya,
Golongan muda langsung berhibur atasnya,
Mengapa anak muda rasa begitu,
Tidak terpalit lara nestapa,
Tidak merasa hakikat kepayahan,
Pabila ditanya cetusan merdeka,
Dua jawapan tercetus di akal,
Pertama sungguh mencuit kalbu,
Perjuangan wira terus dijulang,
Namun hanya omongan sampah,
Keduanya amat menghiris rasa,
Budaya hedonisme berlegar di minda,
Rupanya disalut lara maksiat.

Adakah yang tua sahaja merasa,
Kesusahan keperitan nikmat merdeka,
Jika ini terus terjadi,
Pemimpin hadapan hancur perilaku,
Wawasan 2020 tinggal kenangan.

Wahai manusia pasca merdeka,
Ketuklah hatimu waraskan akalmu,
Kongkongan hiburan harus ditinggal,
Kecapi nikmat merdeka yang asli,
Andai itu suatu realiti,
Malaysia negara terulung dunia,
Lantaran kebebasan hakikatnya dikecapi.

Nukilan:
Luqmanan


Sumber: http://www.ipuisi.com

Puisi: Realiti

disaster Puisi: Realiti

Sepuluh kali persepsi
tergantung di tengah realiti

Ombak yang melantun
melambung bersambung-sambung
menggempur badai yang
terperam di dalam hati.

Belum pernah dunia
ini berhenti.

Bayangan kiamat itu
imajin, sedangkan
kemusnahan dunia
adalah realiti
yang madani
acapkali
berkonspirasi.

Nukilan:
Pasha Bersongkok

http://fatahulisme.blogspot.com/


Sumber: http://www.ipuisi.com

Cerpen: Pantun Seribu Liku

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan.

SUARA nyanyian itu begitu merdu. Aria tidak pernah mendengar suara merdu seperti itu. Ianya gemersik, mendayu-dayu dibawa angin yang lalu. Sayup- sayup tetapi jelas kedengaran meruntun hati dan jiwa yang mendengar. Suara itu seperti suara penyanyi kesayangan ramai, Siti Nurhaliza...tetapi tidak... tidak... mungkin seperti suara Anis Salwa juara bintang klasik RTM 2007, tapi... juga tidak, mungkin suara Rafeah Buang, lemak, manis dan merdu....

Oh!... Aria mengeluh, mungkin juga kombinasi ketiga-tiga penyanyi kegemaran ayahnya itu. Aria bingung memikirkan kemerduan suara yang melampau yang telah menyiat- nyiat perasaan dan jiwa raganya kini.

Suara itu berulang lagi dengan lagu yang sama. Sungguh pelik sekali bisik Aria. Kebiasaannya burung merpati akan hinggap beramai-ramai di satu tempat, tetapi lagu itu menyatakan hanya seekor yang hinggap di tengah laman.

Kemudian rangkap `hendak mati di hujung kuku', "Ini lagi aneh. Bagaimana? Apakah maksudnya?" Aria tidak dapat memberikan jawapan kepada soalannya.

`Hendak berkubur di tapak tangan', "Ini lagi gawat." Aria menggeleng- gelengkan kepalanya. Tidak mampu menterjemahkan seni kata dalam nyanyian itu.

Selama ini Aria hanya bermain dengan komputer. Sebut saja istilah komputer di dunia ini, Aria akan dapat menterjemahkannya. Sebagai Juru Analisis Sistem di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka, Aria seorang bijak dan berbakat. Beberapa sistem yang memudahkan pekerjaan sudah diciptanya di dalam syarikat itu. Beberapa kali juga dia mendapat anugerah pekerja terbaik pada peringkat unit dan seterusnya pada peringkat nasional. Siapa tidak kenal Aria Mahusin. Setiap kali juga Aria mendapat bonus cemerlang yang berjumlah tiga kali gaji bulanan. Aria amat bangga dengan pencapaiannya.

Kebanggaan itu kemudian berubah menjadi sombong. Aria sering kali menyakitkan hati ramai orang di sekelilingnya. Hanya bosnya yang tidak diperbodohkannya.

Orang lain telah lali dengan perangainya yang suka memaki dan menyifatkan orang lain bodoh dan dia seorang saja yang pandai.

Salah seorang yang sering menjadi bahan bulinya ialah Nur Tejawati yang juga pegawai komputer di pejabatnya. Aria jatuh hati kepada gadis itu sejak hari pertama dia melaporkan diri untuk bertugas. Namun perhatiannya tidak dibalas. Nur Tejawati amat marah dengan sikap Aria yang suka memperbodohkan orang lain.

Walaupun agak kaget dengan ketampanan Aria, Nur Tejawati tidak bersedia menerima calon kekasih yang suka membanggakan diri dan sombong. Baginya sikap baik berasal dari hati yang baik. Hati yang ikhlas dan baik akan mendapat keredaan Allah SWT. Nur Tejawati tidak mahu dilabel sebagai kekasih si sombong dan bongkak.

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan.

Kembali suara itu menerjah anak telinga Aria. Aria tidak dapat menahan gelodak jiwanya. Dia mesti tahu siapakah yang empunya suara teramat merdu itu.

Aria melihat sekeliling. Yang ada hanyalah kehijauan belantara. Pohon- pohon tinggi menjulang meredupkan suasana. Di mana-mana adalah pepohonan hutan belaka. Aria tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. Suasana hening. Bunyi unggas pun tidak kedengaran.

Angin berhembus lembut membawa semerbak wangian yang tidak dapat ditafsir baunya. Aria terkesima dengan bauan itu. Tubuhnya seolaholah dibuai oleh hembusan angin itu menyebabkannya berasa terawang-awangan. Dengan tiba-tiba sesusuk tubuh berdiri di hadapannya. Tubuh itu disaluti pakaian beraneka warna yang sungguh indah. Tubuh itu milik seorang wanita yang amat cantik. Matanya berkilau di balik sinaran mentari yang masuk mencelah melalui pepohonan di sekeliling kawasan itu.

Rambutnya ditutupi selendang panjang berwarna jingga. Di kepalanya terlekat sekuntum bunga mawar merah. Tubuhnya disaluti pakaian keemasan daripada broked. Kakinya memakai gelang emas bergelung. Di pergelangan tangannya dia memakai gelang emas yang sama seperti di kakinya. Jari jemarinya dipenuhi cincin emas berbagai jenis.

Memerhatikan wanita itu dari hujung rambut ke hujung kaki, Aria amat terpegun. Mulutnya ternganga tidak dapat menyebut sepatah perkataan pun. Dia tidak dapat untuk memuji atau menegur kehebatan wajah dan cara pakaian wanita itu yang amat asing baginya.

Beri sauh kepada si dagang
Jamu mereka beringin sakti
Dari jauh adinda datang
Bertemu kanda ingin sekali.

Tiba-tiba wanita itu menjual pantun kepada Aria. Tuturnya begitu sopan dan lembut sekali. Aria teringat artis Nasha Aziz menuturkan kata-kata dalam cerita Arjuna di TV3.

Namun Aria tidak tahu hendak memulakan bicara. Lenggok pertuturan wanita itu melemahkan seluruh tubuhnya, seolah-olah ada sepah sakti yang telah dihembuskan ke tubuhnya.

Namun tidak semena-mena Aria bersuara juga.

"Cik adik, siapakah cik adik ini? Mengapa cik adik ada di sini? Mengapa cik adik berpakaian begini? Adakah cik adik sedang berlakon teater?" Aria mengeluarkan pertanyaan bertalu-talu. Perasaan ingin tahu begitu membuak sekali.

"Tuan hamba, nama hamba adalah Tun Teja. Bukankah tuan hamba yang teringin benar bertemu hamba? Jika tidak tuan hamba menyeru hamba tidaklah hamba sampai ke mari." Wanita cantik menjawab dengan lembut.

"Bila pulak aku menyeru dia ni?" Aria berbisik di dalam hatinya

"Tuan hamba, hambalah yang menyanyikan lagu burung merpati itu. Hamba menyanyikannya untuk kekasih hamba Hang Tuah. Tetapi tiba-tiba saja hamba mendengar tuan hamba menyeru hamba berulang kali. Sebab itu hamba datang. Mungkin tuan hamba inginkan pertolongan?"

"Oh .. . kalau begitu saya ingin memberitahu cik adik yang suara cik adik teramatlah merdu. Saya tidak pernah mendengar suara semerdu ini. "Aria berhenti sebentar mengambil nafas sebelum berkata semula, "Lagi satu saya tidak faham apa yang cik adik maksudkan dalam nyanyian itu." Aria menjawab dengan panjang lebar.

"Terima kasih kerana memuji hamba. Rasanya ada ramai lagi manusia yang mempunyai suara yang lebih merdu daripada hamba. Cuma mungkin tuan hamba tidak pernah ambil peduli." Tun Teja berhenti sebentar mengambil nafas.

"Nyanyian hamba itu adalah daripada pantun empat kerat. Pantun adalah milik orang Melayu turun-temurun yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

"Melalui pantun, sesiapa pun boleh melepaskan segala yang terbuku di hatinya tanpa menyakit hati orang lain. Bahasanya yang indah dan mempunyai bahasa kiasan yang unik."

Tun Teja tersenyum. Senyuman yang paling cantik di dunia maya. Aria hampir terjatuh dari tempat dia berdiri.

"Atau kalau tuan hamba inginkan penjelasan lanjut, tuan hamba boleh buka internet dan carilah maksud pantun itu. Sudah tentu tuan hamba akan berjumpa dengan maksudnya."

Tun Teja cuba memberi solusi.

Tiba-tiba angin lembut berhembus entah dari mana arahnya. Aria kembali menjadi terawang-awangan.Wanita cantik itu hilang dari pandangan.

"Tun Teja, Tun Teja, ... jangan pergi. Tun Teja ... " Aria menjerit memanggil wanita cantik itu. Ada banyak persoalan lagi yang ingin ditanyai.

"Aria, Aria, bangunlah. Kau tidurlah! Kau bermimpi pada siang hari ni." Satu tangan kasar menggoncang tubuh Aria.

Aria terjaga, memandang sekeliling. Beberapa orang kawan sekerja tersengih memandang ke arahnya.

Aria tersenyum malu. Baru dia sedar dia tertidur di meja kerja.

Jam menunjukkan satu suku tengah hari. Waktu Zuhur akan masuk sebentar lagi. Aria meninggalkan meja kerjanya. Perutnya berasa lapar.

Malam itu di rumah bujangnya, Aria menghadap skrin komputer. Melayari internet mencari maksud pantun di dalam mimpinya. Lebih dua jam mencari tiada satu pun laman web yang boleh memberi jawapan kepada persoalan itu. Aria menjadi hampa.

Selama ini tidak pernah dia merasai kesukaran menyelesaikan masalah di dalam tugasannya. Dia pakar komputer, dia pekerja terbaik, malahan di universiti pun dia pelajar terbaik di bidangnya. Dia tidak percaya dia boleh dikalahkan hanya oleh sebuah pantun.

Pencariannya diteruskan lagi. Pantun Melayu Lama. Dia menaip di butang carian.

Ada banyak juga blog mengenai pantun Melayu. Akan tetapi bila diklik yang terpapar adalah iklan-iklan yang tidak berkenaan.

Akhirnya Aria menemui Blog Dr Buih-Buih. Satu pantun yang indah disalinnya ke dalam buku nota.

Tegak rumah kerana sendi

Rosak sendi rumah binasa

Tegak bangsa kerana budi

Rosak budi bangsa binasa.

Walaupun kurang arif mengenai pantun itu, bunyi yang dihasilkan menimbulkan irama yang puitis.

Aria menemui pula blog Resensi Klasik dengan tajuk Pantun Melayu Hebat. Beberapa pantun yang menarik hatinya dicatat ke dalam buku nota.

Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian adat
Untuk apa orang berpantun
Untuk memberi petua amanat.

Apa guna daun kayu
Untuk tempat orang berteduh
Apa guna pantun Melayu
Untuk tempat mencari suluh.

Walaupun Aria tidak dapat mencari tafsiran pantun dalam lagu merpati, sekurangkurangnya dia kini telah mulai memahami pantun Melayu. Pada pemahamannya untuk mengenali orang Melayu, fahamilah pantun mereka.

Pagi itu Aria ke pejabat dalam keadaan tidak cukup tidur. Pencariannya akan pantun sangat mengasyikkan hingga dia tidak sedar telah melayari internet hampir sepanjang malam.

Ketika melalui meja kerja Nur Tejawati, Aria tersenyum memandang gadis itu. Dia memberi salam. Nur Tejawati hairan kerana tidak pernah ketuanya itu memberi salam dan tersenyum manis kepadanya. Sesungguhnya sebuah senyuman boleh mencairkan sekeping hati. Tidak seperti hari-hari sebelumnya, Nur Tejawati dapat melihat keikhlasan dan rasa hormat kepadanya dalam senyuman itu...

Nur Tejawati tersenyum lebar melihat skrin komputernya. E-mel yang baru masuk datang daripada Aria Mahusin berbunyi,

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan ...

Oleh Aini Shahrizan

Info

NOORINI Kadir, lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkarya sejak dari sekolah menengah dan pernah berkhidmat dengan syarikat telekomunikasi tempatan sebelum memilih untuk bersara awal.