Tempat menghantar karya secara online. Setiap karya yang terpilih akan disiarkan di blog yang bersesuaian. Anda juga boleh mempromosikan blog anda dengan menyertakan URL website anda. Selamat berkarya!


Sila isikan karya anda di sini.

Nama
Nama Pena
Email
URL (Jika Ada)
Mahu Papar URL (Jika Ada)
Tema Karya
Jenis Karya
Bukan original, nyatakan sumber
Tajuk Karya
Isi Karya


* Hanya karya yang terpilih sahaja akan disiarkan. Sila hantar karya yang mempunyai perenggan, susunan bahasa dan ejaan yang betul bagi memudahkan proses suntingan yang dilakukan secara manual.


* Penulisan yang menggunakan bahasa SMS atau singkatan yang keterlaluan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Puisi Cinta | Cinta Si Buta

Cinta Si Buta

Cinta,
Membawa diriku terbang melayang,
Berpijak di bumi fantasi diri,
Jauh dari bumi realiti,
Hati berselimut kasih di bawa pergi......

Namun kini aku,
Ibarat si buta yang hilang tongkatnya,
Masih merayau tanpa arah yang tak pasti,
Tiada berteman menyelusuri ruang-ruang kesedihan,
Berbekat harapan yang kian malap,

Hebatnya kau cinta,
Hebat lagi masa yang membawa ku pergi,
Terbang jauh dari lembah cinta menyesakkan,
Hati mengungkap kenangan, mulut meluah rindu,
Rindu yang mungkin tiada penghujung.

Berusahalah wahai si buta ,
Mencari tongkat untuk perpaut,
Mendepani kehidupan hari esok,
Menanti sinar kecerahan bahagia,
Mencelik segala mata hati.

Nukilan: Ezat

Sajak Cinta | Maafkan Aku


Maafkan Aku

Kiranya benar takdir cinta kita
cuma setakat ini
maaf ku pohon darimu sayang
dari detik pertama perkenalan
hingga saat perpisahan

Maaf ku tak berdaya
menjadi seperti yang kamu inginkan
aku cuma aku
aku bukan insan sempurna

Maaf ku tak bisa
melupakan dirimu
wajahmu, bait tuturmu
segala yang ada padamu
akan sentiasa di kalbuku

Andai tiba saatnya
kamu temui pengantiku
akan ku titipkan doa
moga kamu bahagia disampingnya

Biodata Penulis:

Nama Pena: Nys Zairee
Email: rnees_zairee@yahoo.com

Puisi Cinta : Maka Berhentilah Cinta

Puisi Cinta : Maka Berhentilah Cinta


Cinta pasti berakhir
bila si pungguk tidak lagi
rindu akan bulan
atau si katak tidak lagi
berpesta selepas hujan.

Bila dedaun tidak lagi
menari bersama angin
atau laut enggan bersua pantai
cinta pasti berkecai.

Cinta pasti kecundang
bila si lebah tidak lagi
cuba memikat bunga
atau belalang tidak lagi
turun ke padang.

Bila burung tidak lagi
menyanyi bersama mentari
atau awan sentiasa menyendiri
cinta pasti mati.

Andai alam tidak lagi endah
Maka berhentilah cinta.

Biodata Penulis
Nama: Nasirin Abdillah
Nama Pena: Nasirin Abdillah/Nashé Abdillah
Email: nasirin@umk.edu.my

*Puisi ini telah ke udara apabila dibaca oleh DJ Nazrin Nordin pada 24 Julai 2006 semasa segmen “Gegar Pantai Timur” di THR. Puisi ini juga telah diterjemah ke dalam bahasa Mandarin oleh Goh Ying Soon dengan tajuk, àidāngtíngxī.

**Nashé Abdillah adalah nama pena untuk Nasirin Abdillah.

© Hakcipta adalah terpelihara. Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada puisi ini haruslah mendapat keizinan daripada penulis atau sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana bahagian penulisan yang berkaitan dengan puisi ini. Terima kasih.