Tempat menghantar karya secara online. Setiap karya yang terpilih akan disiarkan di blog yang bersesuaian. Anda juga boleh mempromosikan blog anda dengan menyertakan URL website anda. Selamat berkarya!


Sila isikan karya anda di sini.

Nama
Nama Pena
Email
URL (Jika Ada)
Mahu Papar URL (Jika Ada)
Tema Karya
Jenis Karya
Bukan original, nyatakan sumber
Tajuk Karya
Isi Karya


* Hanya karya yang terpilih sahaja akan disiarkan. Sila hantar karya yang mempunyai perenggan, susunan bahasa dan ejaan yang betul bagi memudahkan proses suntingan yang dilakukan secara manual.


* Penulisan yang menggunakan bahasa SMS atau singkatan yang keterlaluan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Luahan Hati : Tiada Jodoh Di Antara Kita

Luahan Hati : Tiada Jodoh Di Antara Kita

Di kedinginan malam yang hening ini, kucoretkan luahan rasa hati buat insan tersayang yang pernah bertakhta di hati. Semoga dengan coretan ini akan membuatkan dirimu lebih mengerti betapa sayangnya aku padamu hingga saat ini. Bukan niatku untuk meraih simpati tetapi sekadar melepaskan rasa di hati ini. Walaupun kini di antara kita sudah tiada apa-apa lagi.

Sayangku S,
Masihku ingat lagi pada pertemuan pertama kita yang tidak dirancang di pondok itu. Waktu itu kita sama-sama menanti hujan teduh. Aku menegurmu memulakan bicara. Pada hal aku bukanlah seorang yang suka menegur perempuan. Tapi mungkin ketika itu hanya kita berdua yang ada. Ternyata teguranku mendapat respon yang baik daripadamu. Akhirnya perbualan kita begitu mesra sekali hingga sesekali menyentuh soal hati dan perasaan. Entah mengapa di saat itu juga diri ini mula tertarik terhadapmu.

Sayangku S,
Pertemuan pertama itu sungguh bermakna bagiku kerana di situlah bermulanya bibit-bibit cinta, kasih sayang dan rindu di jiwaku. Walaupun aku tak pasti di jiwamu. Namun persoalanku terjawab apabila menerima panggilan telefon yang pertama daripadamu. Kau ingin bertemu denganku. Terasa ketika itu aku sungguh bertuah. Akhirnya pertemuan demi pertemuan kita lewati.

Sayangku S,
Pertemuan di Pantai P, adalah pertemuan pertama kita secara rasmi setelah diisytiharkan sebagai pasangan kekasih. Saat itu kita mula berbicara tentang cinta, bicara tentang rindu, tentang kasih dan sayang. Senda gurau, tawa mesra serta senyuman manismu benar-benar menambahkan lagi seri hidup ini. Janjimu untuk sehidup semati bersamaku menjadikan aku seorang yang bersemangat untuk melalui hari-hari mendatang. Dapat kurasakan ketika itu kau benar-benar ikhlas menyayangiku. Begitu juga dengan diriku. Akan kusiram dan akan kubajai cinta kita ini hingga ke akhir hayat. Itu janjiku. Oh, betapa indahnya dunia kurasakan kerana mencintaimu! Mencintaimu benar-benar membuatkan aku rasa bahagia.

Sayangku S,
Panas sampai ke petang yang kuharapkan, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Puas kau kuhubungi, namun kau tetap mendiamkan diri. Pertemuan terakhir kita menjawab segala teka-teki di hati. Akhirnya tsunami melanda diri. Kau minta hubungan ini diputuskan kerana mahu pergi mengikut insan lain yang telah berjaya memikat hatimu. Kucuba memujuk, ternyata pujukanku hanya sia-sia. Baru pun usia perhubungan kita memasuki enam bulan. Kau tinggalkan aku sendirian ketika cinta kita sedang mekar mengharum. Alangkah kecewanya aku. Kini tiada lagi gurau senda dan tawa mesramu yang bisa menghiburkan hatiku. Sepi… sesepi hatiku yang ditinggal pergi. Segala janjimu padaku suatu waktu dahulu, kini hanya tinggal kenangan yang terkunci di hati.

Sayangku S,
Walaupun kita sudah berpisah, namun memori indah bersamamu sering menghantui gedung fikiranku tanpa kupinta. Aku cuba menghapuskan dari ia terus menghantui, namun adakalanya aku tewas. Aduh! Ianya sungguh menyakitkan. Barulah aku sedar betapa sakitnya bila putus cinta. Lebih-lebih lagi cinta pertama.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar dari daerah ini. Aku tidak sanggup lagi mengingati memori bersamu setiap kali aku melewati daerah ini. Kedengarannya mungkin lucu, tapi hanya itulah sahaja yang mampu aku lakukan. Sampai bila aku akan begini, aku pun tak pasti. Yang pasti cintaku padamu masih tersemat di hati.

Kisah Misteri: Bayi Dilarikan Bunian


Mak Teh seolah-olah berada dalam alam lain dan dapat melihat wanita separuh umur berpakaian serba putih membantu melahirkan anak

Seiring dengan kejadian manusia, turut diciptakan Allah ialah akal bagi membezakan mereka dengan makhluk lain. Akal juga sepatutnya menjadi pendinding kepada tindak tanduk yang memudaratkan diri dalam menghadapi segala bentuk dugaan kerana janji Allah setiap ujian itu didatangkan untuk menguji keimanan.

Allah juga tidak akan menurunkan dugaan yang melampaui kemampuan manusia tetapi jika namanya makhluk lemah ujian yang sedikit pun dipandang berat. Lebih-lebih lagi jika ujian yang menimpa sukar diterima akal.

Mungkin kedengarannya pelik tetapi itulah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita yang sehingga kini terus merindui anak yang dikandung selama sembilan bulan tetapi hilang sejurus dilahirkan.

Kisahnya memang tidak logik mengikut hukum alam tetapi apabila yang turut terbabit dalam mencorakkan cerita berkenaan ialah makhluk bunian yang memang wujud dalam dunia ini, kesahihannya tidak boleh dinafikan begitu saja.

Wanita digelar Mak Teh yang kini melewati usia senja masih ingat peristiwa itu dengan sejelas-jelasnya.

“Mak Teh bersyukur sangat selepas disahkan mengandung. Maklumlah sudah agak lama berkahwin. Kegembiraan Mak Teh dan suami usah dikira. Tidak sabar rasanya menantikan kelahiran anak sulung kami,” katanya ketika mengimbas kembali peristiwa berpuluh tahun lalu yang sehingga kini masih sukar difahami.

Tidak sukar menyelami kegembiraan yang dirasakan Mak Teh bakal menimang anak sendiri. Kandungannya dijaga dengan penuh hati-hati, malah temujanji dengan jururawat tidak pernah diabaikan.

“Apa saja petua demi memastikan kandungan sihat, asalkan tidak melanggar syarak, Mak Teh ikut. Semuanya bagi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna,” katanya sambil mengelap air mata yang membasahi pipi tuanya.

Penantian Mak Teh tiba di penghujung pada satu petang Khamis. Sakit yang dialami di sekitar pinggang dan perut tidak pernah dialami sebelum ini. Namun kesakitan itu masih tidak dapat menandingi kebahagiaan yang menyelubungi Mak Teh dan suami. Mereka bakal menimang anak sendiri. Biar perit menahan sakit, Mak Teh tidak kisah kerana keinginan memeluk anak sendiri lebih mengujakan.

“Entah mengapa Mak Teh memilih untuk melahirkan anak di rumah. Jururawat tidak membantah kerana Mak Teh tidak mempunyai masalah sepanjang mengandung. Kesihatan juga baik. Jadi, tiada masalah untuk melahirkan anak di rumah. Persiapan sudah dilakukan.

“Dari petang membawa ke senja, sakit Mak Teh semakin berat. Mak Teh sudah pun berada dalam bilik yang sudah dikemas untuk tujuan itu. Jururawat turut menemani Mak Teh di dalam bilik itu. Ketika itulah terjadi satu kejadian yang tidak dapat Mak Teh lupakan sehingga kini.

“Kejadian yang meruntun emosi dan fikiran Mak Teh sehingga sekarang. Mak Teh tidak pernah letih memikirkan mengapa itu terjadi kepada Mak Teh,” katanya.

Mak Teh berkata, menjelang Maghrib malam Jumaat itu, Mak Teh tiba-tiba terbau haruman yang begitu menyegarkan. Haruman yang tidak pernah dihidu sebelum ini.

“Mak Teh bertanya kepada jururawat yang menemani sama ada dia tercium bauan itu. Soalan Mak Teh tidak berjawab kerana rupa-rupanya dia tertidur. Rasa marah terbit juga kerana dalam keadaan Mak Teh yang semakin sakit hendak melahirkan anak, jururawat tertidur.

“Dalam keadaan menahan sakit dan marah itulah Mak Teh seolah-olah berada di satu alam lain. Mak Teh dapat rasakan berada dalam keadaan antara sedar dan tidak. Mak Teh masih ingat dengan jelas beberapa wanita separuh umur berpakaian serba putih melangkah masuk ke dalam bilik.

“Mak Teh ingin bertanya siapa mereka kerana memang Mak Teh tidak mengenali mereka. Tetapi mulut Mak Teh bagaikan terkunci. Langsung tidak boleh bersuara. Percaya atau tidak, dalam keadaan itu Mak Teh selamat melahirkan bayi lelaki dengan kumpulan wanita asing itu menjadi bidan,” katanya.

Mak Teh terus bercerita bagaimana dia melihat sendiri mereka mengerat tali pusat, memandikan dan membalut tubuh bayinya. Kumpulan wanita asing itu turut menunjukkan bayi itu kepadanya. Malah Mak Teh sempat menyusukan bayi lelaki yang dilahirkan dalam keadaan serba tidak masuk akal itu.

Saat kumpulan berkenaan membawa bayinya keluar, Mak Teh cuba menghalang. Sayangnya Mak Teh terus kaku tidak dapat berbuat apa-apa. Cuma air mata yang mengalir mengiringi pemergian anak yang amat dirindui selama ini.

Sejurus kumpulan wanita berkenaan hilang jururawat tiba-tiba tersedar dan panik apabila melihat Mak Teh sudah selamat melahirkan anak tetapi bayinya tiada.

“Dia bertanya kepada Mak Teh apa yang berlaku kerana perlu membuat laporan kepada pihak hospital tetapi Mak Teh sendiri kebingungan. Mak Teh masih ingat bagaimana jururawat berkenaan seperti hilang punca. Beberapa kali dia berkata kepada diri sendiri: “Macam mana aku nak buat laporan kepada hospital? Pesakit sudah bersalin tetapi bayi tiada.”

“Dia juga hairan mengapa dia boleh tertidur. Jururawat berkenaan bertanya Mak Teh apa yang berlaku tetap Mak Teh cuma boleh menceritakan apa yang berlaku ketika dalam keadaan sedar dan tidak. Mak Teh jadi seperti orang hilang akal selepas peristiwa itu. Namun setiap malam Jumaat, anak Mak Teh akan dibawa berjumpa Mak Teh dan menyusukan bayi itu. Cuma pada waktu itulah Mak Teh berkesempatan menemui anak Mak Teh. Itu pun berlaku seolah-olah dalam mimpi tetapi dapat rasakan dia menyusu,” katanya.

Keadaan itu berlanjutan sehingga anak lelakinya itu berusia 12 tahun dan sehingga sekarang Mak Teh tidak pernah lagi bertemu dengan anaknya yang dibawa orang bunian memasuki alam mereka. Mak Teh juga tidak pernah mengandung lagi dan mengambil beberapa anak angkat sebagai penyeri rumah tangga.

Memang cerita Mak Teh sukar dipercayai logik akal. Mungkin ada yang mencebik bibir tetapi kuasa Allah sudah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam dunia ini dengan kehendak-Nya. Bagi Mak Teh dan beberapa wanita lain yang berkongsi cerita dan kesedihan sama, cuma kesabaran dan keimanan yang menguatkan mereka untuk terus cekal berdepan ujian perit itu.

Oleh Hazirah Che Sab

Puisi : Hakikat Cintaku

Hakikat Cintaku


Rinduku padamu ibarat hikayat.....
Walau berdekad diceritakan tetap teruja mendengarnya...
Rindu padamu bagaikan hembusan nafas terasa di
Aromaku....
Membuat aku resah menantimu....
Walau sedetik...
Percayalah kasihku bayanganmu menjadi igauanku....

C - Cintaku Padamu tulus suci
I - Impianku hanya untuk bersamamu
N - Nilai Kasihku Tanpa Batasan
T - Tenang Aku Disisimu
A - Akan kita Kuharap Terus Bersama


Hadirmu Bagai Suria Pagi....
Sinarnya Lembut Memamah Embun...
Tatkala Terik Ia Bagaikan Membakar Api Asmara Yang Bergelora Didada...
Kasihku Padamu Selembut Bayu Petang Yang Mengetar Dijiwa...
Rinduku Padamu Bagai Garis-Garis Senja
Yang Tak Sabar Menanti Bulan
Melimpahi Cahayanya Kedalam Lautan Cinta Kita...

Telah Kukirimkan Pada angin
Yang Aku Terlalu Merinduimu...
Juga Telah Aku Taburkan Benih-Benih Kasih
Pada Embun Yang Turut Membasahi Bumi...
Sempat Juga Aku Ukir Namamu
Dikaki Langit Sebelum Fajar Menyising Hari...

Tidakkah Kau Rasa Apa Yang Kurasa...
Dapatkah Kau Jalinkan Yang Kuserahkan Padamu...
Untuk Kau...
Mengertilah Bahawa Aku Terlalu Menyintaimu...
Sayangku

Benar Sayang Aku Merinduimu
Menyayangimu,Mengasihimu...
Tanyalah Pada Bulan
Betapa Aku Setia Menantimu...
Lihatlah Pada Bintang Yang Bertaburan Dilangit...
Begitulah Kasihku Padamu Tidak Terkira...
Bagai Sungai Yang Mengalir..
Bak Tebing Yang Kukuh...
Begitulah Setiaku..Itulah Janjiku Padamu...
Selagi Masih Bernafas Selagi Itulah Aku Akan Tetap Bersamamu...

Bukan Niatku Membiarkan Dirimu Terbiar Sepi...
Tapi Aku Sendiri Hanyut Dibuai Gelora Asmaramu...
Bukan Tiada Madah Cinta Untukmu...
Tapi Jiwaku Masih Hilang Dalam Lautan Kasihmu...
Rinduku Kini Kembali Bersarang Diranting Kasih..
Sayangku Kian Kembang Mekar Dipohon Asmaramu..
Cintaku Kukuh Bertunjangkan Kesetiaanmu..
Demi Rindu Yang Mencengkam Kalbu...
Demi Cinta Yang Setia...
Untuk Kasih Pada Kekasih..
Aku Tak Akan Biarkan Kau Derita Menahan Gelora Asmara Yang mengigit Dijiwa...

Rindu Tak Semestinya Mau...
Tak Bersua Tak Bererti Jemu..
Cinta Tak Semestinya Bertemu...
Kasih Tak Bereti Bercumbu Selalu...
Kerna Jika Hati Dan Jiwa Dah Bersatu..
Walau Dimana Tak Kira Masa...
Kasih Tetap segar Bermain Dijiwa...

Nama Pena: CintaMiya
Email: najwa_myra@yahoo.com
URL : http://cintamiya.blogspot.com


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Puisi Senyum Malaikat Hitam Tak Bersayap

Senyum Malaikat Hitam Tak Bersayap

Senyumku untuk semua orang dan karena semua orang
tapi deritaku untuk satu orang dan karena satu orang
dialah yang menorehkan luka dalam setelah kutorehkan luka dalam pula padanya

SERI memang tapi hanya untuknya….untukku…..aku kalah
saat mulai kurasakan goresan luka,saat itu akhir luka baginya
kebahagiaan menghampirinya setelah sekian lama dalam derita
sebaliknya……
kebahagiaan menjauhiku setelah sekian lama tak kusadari bahwa dia menderita……..

Aku adalah malaikat yang saat kuputih dan bersayap tak pernah sadar….
panah yang kutancapkan akan menjadikanku MALAIKAT HITAM TAK BERSAYAP…..

Tapi aku terlahir sebagai malaikat putih bersayap
kekalahan ini hanya sementara
masih ada seseorang yang lain yang pasti akan datang
mengembalikan warna putih dan sayapku

Senyumku……..
senyum malaikat hitam tak bersayap….

Nama Pena: Zhie

(Luahan Hati) Kekasihku Suami Orang

Ingin aku perkenalkan diri aku terlebih dahulu. Namaku Mieda. Aku merupakan anak pertama daripada 2 adik beradik. Aku merupakan anak kacukan. Mamaku berasal dari Chiangmai Thailand. Abahku pula anak kacukan melayu-cina di Malaysia.


Hidupku sangat bahagia bersama keluarga yang tersayang. Aku pula mempunyai rupa yang agak menarik. Semua orang yang melihat aku dan adik aku akan anggap kami nie japanese or chinese. Sehinggalah aku menginjak remaja.

Perasaan hendak bercinta dan dicintai sudah lahir di jiwaku,tetapi aku tidak suka kepada lelaki muda atau bujang. Perasaan cinta aku lebih kepada lelaki berumur dan dah berkahwin. Bukan tiada lelaki muda yang hendak mengenali diriku.

Kekasih hatiku seorang guru di salah sebuah sekolah di Perak berumur 37 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sedangkan aku berumur 20 tahun. Oh tuhan aku tersangat-sangat menyintai dirinya.

Aku berharap kami dapat bersama. Tetapi kadang-kadang aku berasa seperti perampas kerana mencintai dia. Aku berasa sedih juga apabila melihat gambar-gambar dia,anak dan isteri dia. Bahagia sekali.

Tetapi aku tidak dapat lupakan dia. Kawan-kawan selalu menyuruh aku bayangkan mama aku di tempat isteri dia dan aku di tempat anak dia dan dia di tempat abahku..

Tapi aku tidak peduli,aku ikutkan kata hatiku..aku menyintai dia lebih aku menyintai diriku... Tuhan tolonglah hamba mu ini....

Luahan Hati : Menanti Sinar

Menanti Sinar

Luahan HatiAda kalanya di satu masa
Aku sering termenung jauh
Memikirkan sampai bilakah
Akan tiada detik bahagia
Untuk diriku ini

Seperti tidak sabar untuk aku
Menemui saat-saat itu
Namun di mana sianr bahagiaku
Adakah aku akan terus begini

Terus merintih
Terus dalam derita
Terus dalam kedukaan

Tiada kah untuk ku sinar itu
Aku jugak seperti insan lain
Yang ingin merasa kebahagia

Yang ingin disayangi
yang ingin di belai
yang ingin di manja
yang ingin di cintai
adakah semua ini akan tercapai.

Pada suatu saat nanti
Aku pasti dan yakin
Akan mencapai kebahagian seperti insan lain

Nama Pena: nazwah

Sumber: http://www.ipuisi.com

Puisi : Malaikat, Tak Bersayap




Malaikat, tak bersayap

Malaikat Itu Tak Bersayap Lagi
Papalah dia bagai sebuah pedang tanpa ketajaman..
Hancurlah ia berkeping dalam sekali dentuman..
Lalu, merangkak ia mencari sisa-sisa dari kepingan kekuatannya..
Sambil berharap sang waktu setia menunggunya..

Bagiku, Tak apa ia tak berlari,
Mungkin dia bisa berjalan kaki,
dengan sepasang kaki yang ia miliki,..
Tp, Mengapa dia masih disini??
Mungkinkah ia tak tau cara berjalan kaki?..


Tak kupedulikan lagi Lukanya,..
Kubiarkan ia terjatuh..
Hingga pesan cintanya tak sampai padamu..
Tapi, ia masih malaikat pembawa pesan cinta..
Walau tak kulihat lagi sepasang sayap di punggungnya..

Nukilan: Abu_ayaz

Luahan Hati : Derita Menanggung Rindu Cinta Pertama Yang Tak Terucap

Derita Menanggung Rindu Cinta Pertama Yang Tak Terucap

Luahan aku berdasarkan apa yang terjadi dalam hidup aku.Ketika zaman remaja aku bermula.Ketika itu aku baru tingkatan 3 dan bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman.Aku ada kawan baik dari sekolah rendah dan sampai sekarang kami masih menyayangi dan menyokong satu sama lain.Orang itu adalah Aina.

Dari Aina aku kenal Mushafizi.Ya!Orang pertama aku jatuh cinta.Kami selalu berjumpa di pantai.Ye , sebagai kawan yang rapat.Tapi masa itu Hafizi tidak satu sekolah dengan kami.Kami semua berlainan sekolah.Aku ,Aina,Hafizi dan Afif.Afif kawan Hafizi.Mereka bertiga satu pusat tuisyen.

Masa berganti masa Aina cakap dia dah jatuh suka dekat Hafizi.Aku rela berundur demi kawan baik aku.Kawan baik aku yang terima segala kekurangan aku.Kawan baik aku yang banyak berkorban demi aku.Tapi sekian lama Aina cakap cinta dia tidak berbalas...Hafizi dalam diam meminati aku.Katanya , aku perempuan pertama yang buka hati dia.Siapa yang tidak ada hati bila melihat lelaki ini.Dia tinggi ,sedikit pemalu,comel dan dari anak orang barada.Aku terkesima ila tahu dia menyimpan perasaan kepada ku..

aku, perempuan yang tiada istimewanya pada mata lelaki.Aku sedikit berisi ,berkulit cerah, kecil molek, dan abah ku hanya lah seorang peladang.Tapi itu tidak bermakna kami miskin cuma jika di bandingkan dengan keluarga dia, keluarga aku tidak lah menikmati kesenangan seperti mereka.Aku juga seorang kelam kabut dan sedikit pendiam..

Masa berganti masa kami dah berada di tingkatan 4.Masa itu aku pindah sekolah.Sekolah ini dekat dengan rumah aku dan tidak lah berapa kekok hari pertama kerana kebanyakan pelajar sekolah ini datang dari sekolah rendah yang sama dengan aku.Masa hari pertama ada juga yang kurang senang dengan aku dan ada juga teruja jumpa aku.Yelah kalau nak di ikutkan keadaan aku berubah terutama nya dari wajahku.Dulu semasa sekolah rendah muka aku banyak sangat jerawat dan tiada siapa yang meminati aku.Sekarang ketika remaja semua jerawat itu hilang bagaikan di sumpah.hehehe.Mungkin.

Beberapa hari saja ada yang hantar surat cinta kepada aku.Memanglah rasa teruja kan bagi gadis seperti aku yang tidak pernah di minati di sekolah lama.Orang pertama aku berhubungan adalah Zulhasri.Ya!Cinta budak-budak.Dan perkara yang mengejutkan aku.Hafizi juga pindah sekolah di situ.Aku dengar hura-hura pasal dia.Semua kecoh bila ada orang baru pindah.Apa lagi kalau orang itu cantik, kacak atau comel.
Aku mula-mula bila melihat reaksi pelajar perempuan yang fanatik sangat lah jeles.Ya!Aku suka kan dia tapi kenapa masa itu aku nak nafikan semua itu sedangkan Aina cakap Hafizi berharap dapat rapat dengan aku melalui itu.Tapi aku jarang bertegur sapa.Dan dalam bulan tiga Zul pindah ke sekolah teknik .

Hari berganti hari,kami dah masuk tahun baru.Tingkatan 5 dan aku dan Hafizi masih lagi kelas yang sama dan aku dah putus hubungan dengan Zul.Tuhan saja yang tahu yang betapa hati aku meronta ingin berbual dengan Hafizi.Meluangkan masa bersama-sama seperti kami pernah buat ketika tingkatan 3.Tapi entah , aku rasa segan dan merendah diri.Sedangkan Aina selalu bagi sokongan dekat aku supaya ramah dengan Hafizi.Hafizi bukan tidak pernah menegur aku untuk berbual tapi aku saja yang berlagak sombong.Padahal aku menyesali perkara itu sampai sekarang.Aku menyesal kenapa aku bodoh ketika itu yang banyak meluka kan hati dia secara diam.

Pernah sekali aku tanya Aina hafizi suka dekat aku lagi ke?dan Aina cakap ya!Dia mungkin sukar untuk lupakan aku sebab aku orang pertama dia jatuh cinta.Ya!Aku pun sama.Cuma aku buta dan berlagak bagaikan puteri yang selalu dapat perhatian.Bodohnya aku rasa.dan ketika itu dia rapat dengan Fatin,budak kelas aku.fatin dengan aku ada juga iras-iras dari segi wajah.Mereka memang rapat sehingga balik sama-sama selepas habis sesi sekolah.Aku cemburu dan sedih.Aku nak merasai seperti itu.Padahal kalau aku hargai kemunculan dia dekat sekolah itu aku dah bahagia sampai sekarang.Tiada lagi penyesalan sampai sekarang.

Dalam pertengahan bulan itu, aku mula curi tumpuan dia.Aku senyum dan bertegur.Tapi aku hampa perhatian dia kepada aku sama seperti perhatian kepada pelajar perempuan lain.kalau lah dia menyukai aku tentu dia teruja.Tapi semua harapan aku jauh meleset.Dia seakan ingin membalas semua perbuatan aku dalam diam.Aina pernah cakap yang dia tarasa hati dengan ku kerana aku seperti tidak mengenali dia.Aku memang suka dan semakin sayang kepada nya tapi aku tak sanggup tunjuk.Aku siapa dan dia siapa.Dia jejaka pujaan junior dan gadis yang sebaya dengan kami.

Aku rapat dengan lelaki lain kerana aku terlalu obses dengan perhatian di sini.Sehingga aku lupa kewujudan dia tapi dalam masa sama aku semakin sayang dan sedih bila melihat muka dia.Aku suka cara dia senyum, cara dia bercakap dengan orang, cara dia badmood.Semua nampak sempurna dan itu pun aku pandang dia dalam diam-diam sahaja.Aku meronta dalam hati supaya dia maafkan aku dan berbaik dengan aku.tapi hampa bila aku dengar dia ada sesuatu dengan Fatin.Siapa lagi yang dengar luahan aku kalau tidak Aina.Aina juga lah yang yakin kan aku yang jauh sudut Hafizi ada lagi perasaan kepada aku.Dan sebab itu aku tidak menyerah untuk sayangkan dia.

Lepas SPM, kami semua bawa haluan sendiri.Dan sehingga itu lah aku tidak pernah cakap yang aku juga suka kan dia!
Aku sekarang study di kolej,Aina pula di UITM dan Hafizi dengar-dengar sambung tingkatan 6.SPM nye tidak seberapa tapi dia pintar dalam pelajaran Addmath.

Hari berganti hari,ramai juga lelaki yang aku kenal dan yang nyata aku bukan Zulaika yang dulu.Aku sekarang dah kurus, dah tahu hidup berdikari,Tahu jaga kecantikan dan hati-hati dalam percintaan.Kalu nak di bandingkan dengan hidup aku semasa sekolah dulu, aku oses dengan cinta.Tapi sekarang da jauh berubah.Aku susah nak percaya lelaki.Tapi bila aku teringat Hafizi. aku seakan-akan anggap dia lelaki yang tidak pernah luput dari ingatan aku.dalam masa setahun itu ada juga aku contact dengannya.Ya, dia balas mesej aku dan kenapa ketika itu aku masih lagi tidak menghargai orang.Aku biarkan orang berharap kepada ku dan aku suka bagi harapan kepada orang walhal aku tidak hargai mereka.Aku menyesal.kalau lah aku boleh undur masa. nak aku ucap kat Hafizi yang aku juga jatuh cinta pertama kepada nya!!!Dan yang pasti sampai sekarang aku cinta kan dia.Dalam banyak hubungan aku selalu tidak lama.dan buat sekian lama aku dah single aku semacam kehilangan sesuatu.Sesuatu yang aku tidak pernah hargai.bbagi ku cinta-cinta aku yang dulu tidak bermakna dan aku lebih menjaga perasaan orang padahal hati aku teringat kepada Hafizi dan sebab itu lah aku banyak mendiamkan diri aku dan akhitnya kami akan putus.Dan sekira betul aku mencintai mereka kenapa selepas putus aku tidak sedih, kecewa dan teringat mereka?

Sejak semalam aku dah tidak boleh menyimpan perasaan aku.Segala-gala nya aku cerita kepada Aina.Aina terkejut.Tidak sangka yang aku masih ingat Hafizi.Yelah selama ini dia ingat aku dah lupa kan lelaki itu.Padahal tidak dan selama ini aku segan ingin beritahu Aina sebab malu dengan kebodohan aku.Tapi Aina masih bagi sokongan kepada aku supaya bagitahu Hafizi.Perlu!

Denagn semangat Aina aku cari nombor Hafizi tapi malangnya tiada dalam telefon aku.Sebenanya aku dah tukar nombor.dan jahatnya aku, aku tidak pernah tanya khabar Hafizi.Dan siapa tahu dia mungkin tertanya-tanya mengenai aku.Tapi aku bukan lupakan dia sebab aku ada seseorang tapi semua berlaku ikut arus masa.Masa bagaikan sekejap berganti.Aku mintak nombor Hafizi dengan Ain dan aku dapat nombor itu.Aku tanya kabar melalui mesej tapi sekali lagi aku hampa.Tiada sebarang report yang yakinkan mesej itu dah sampai kepada nya.Aku terus menunggu sampai lah pagi ini.Dan sekiranya dia balas mesej aku. aku kan terus bagitahu perasaan aku selama ini.Dan aku tahu dia mungkin dah ada someone dan aku tidak bermaksud nak kacau hubungan peribadi nya.Cukup lah sekiranya dia tahu perasaan terpendam aku dari tingkatan 3 sampai umur kami dah masuk 20an ini.

Sekurang-kurangnya aku dah lepaskan semua ini dan mungkin boleh mengubah tanggapan dia kepada aku selama ini.Ya!Aku mesti mencuba dapat kan emel nya.Semalam aku sampai termimpi-mimpi dia beri reaksi positif kepada aku.Dan pagi tadi aku tengok report mesej dan mesej itu masih tidak sampai kepadanya.Aku kan tunggu.

Aku menyesal.Selama ini aku ingai cinta pertama tidak kemana-mana tapi ternyata salah.Cinta pertama itu lah yang menyeksa aku sampai sekarang sebab bodoh tidak luahkan perasaah aku kepada orang yang juga sayangkan aku.

Selama 4 tahun aku pendam seorang dan merindui dalam diam.
Sebab kan perbezaan taraf keluarga aku pupuskan perasaan aku.
Ya Allah betapa aku tidak tertanggung perasaan aku ini tapi aku masih sedar cinta aku kepada Mu masih tiada batasan.Cinta aku ini sekadar terbit dari perasaan normal seorang manusia.

Aku juga berharap luahan hati aku ini di terbitkan.Mana tahu jodoh tetap ada dan Hafizi tengok blog ini atau pun boleh jadi kan sebagai bukti aku tidak pernah lupa kan diri nya.
Dan aku pasti juga dia tidak pernah lupaa kan aku.

Entah kenapa aku menangis di saat aku menulis luahan hati aku ditemani dengan kenangan aku dan dia. Walaupun sedikit tapi dari sinar mata dia aku sukar untuk tahan perasaan aku.Bodohnya aku sebab terlalu sombong dan pura-pura tidak memahami perasaan dia.

Nama Pena: ikafarhana

Kisah Misteri: Terpegun disapa gadis bunian

Dua puluh lima tahun lalu warung masakan Melayu di medan selera Kampung Baru dekat Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur menjadi pilihan untuk penulis sering bertemu dengan rakan-rakan. Walaupun kami sering bertemu tetapi Jef Iskandar, rakan baik penulis cuba mengelak daripada berbual kosong.

Perwatakannya baik tetapi dia kurang berminat bercakap mengenai perkara yang bukan-bukan terutama berunsur tahyul. Dia berpendirian jika orang Melayu ingin maju seperti masyarakat Barat, perkara berunsur tahyul yang melekat di hati mereka mesti dikikis.

Bagaimanapun, pertemuan tidak diduga di Sik Kedah, baru-baru ini menambahkan keakraban persahabatan antara kami. Dia mengajak penulis ke rumahnya yang terletak kira-kira lima kilometer dari pekan Sik. Ada cerita menarik, katanya.

“Seminggu sebelum aku menerima arahan ditukarkan ke Kuantan, Pahang, aku ditemani adik ipar, Munir ke Bukit Belacan untuk mencari ikan pelaga. Apa yang aku alami ketika itu mencabar keimanan aku,” kata Jef, pesara pegawai tinggi di sebuah jabatan kerajaan yang pernah mendapat pendidikan di luar negara itu.

Pada hari itu, katanya, dia ditemani adik ipar ke pusat rekreasi Bukit Belacan dengan niat untuk mandi sambil mencari ikan pelaga. Spesies kerdil tapi kuat berlaga itu menjadi kegemaran Jef untuk dipelihara dalam akuarium di rumahnya.

Mereka memilih waktu selepas solat Asar ke destinasi terbabit. Kira-kira jam 5 petang Jef dan adik iparnya tiba di pusat perkelahan itu. Ketika mereka sampai, cuma dua tiga pengunjung sedang mandi. Mungkin hari itu bukan hujung minggu, jika tidak kawasan itu penuh dengan orang ramai yang datang untuk bersantai.

Sehingga jam 6 petang mereka menjejak, cuma seekor spesies mempunyai nilai komersial itu dapat ditangkap. Hairan juga, biasanya Jef mampu menangkap antara lima dan enam pelaga dalam tempoh tidak sampai setengah jam.

Bagi menghilangkan rasa bosan, mereka berehat seketika. Tiba-tiba cuaca cerah bagaikan matahari terbit sesudah fajar. Serentak itu, hujan turun agak lebat disusuli kelihatan pelangi tidak jauh dari situ. Jef dan Munir terpinga-pinga memerhatikan fenomena agak pelik itu. Hujan panas di waktu petang, kata orang tua, itu menandakan ada perkara buruk akan berlaku, bisik hati kecil Jef.

Ketika mereka beredar ke kawasan hulu anak sungai, tujuh gadis berpakaian seluar sukan, berbaju kemeja T kelihatan seronok mandi sambil bermain menyimbah air antara satu sama lain.

“Kat sini bang, ikan pelaga banyak di sini. Tangkaplah ikan di sini jinak,” tegur salah seorang gadis berkenaan.

“Eh, macam pernah kenal dengan kamu semua ini,” balas Jef.

“Ye ke, entah-entah silap orang tak," balas gadis terbabit.

Sebelum pulang, tujuh gadis sebaya itu sempat menghulurkan kad beralamat tempat tinggal mereka kepada Munir. Terkedu adik ipar Jef apabila gadis berkenaan merenung ke arahnya.

“Bang, raya puasa nanti datanglah ke rumah. Kami tinggal di Rawang, tidak jauh dari Sekolah Menengah Rawang, boleh makan buah durian,” pelawa gadis tinggi lampai sambil melempar senyuman ke arah Munir.

Sekali lagi anak muda berusia 21 tahun itu teruja. Pada hari keempat Aidilfitri, Jef sekeluarga dan Munir ke Rawang untuk berhari raya di rumah gadis terbabit. Sebaik menjengah di pintu pagar sekolah menengah terbabit, seorang pengawal keselamatan bertanyakan kepada Jef.

Apabila diberi tahu, pengawal keselamatan itu agak terkejut kerana setahunya tiada penempatan di kawasan belakang sekolah berkenaan.

"Encik tengok sendiri, kawasan berkenaan belum diterokai. Di sana banyak durian hutan berbuah, kalau hendak pergi perlu berhati-hati. Tiga hari lalu, seorang penduduk terserempak dengan seekor harimau sedang makan buah durian," beritahu pengawal itu.

Tiga hari selepas itu, ketika Jef membeli-belah di Pasar Borong Rawang, dia terpandang seorang gadis rupanya saling tidak tumpah seperti gadis yang memberi kad ketika dia dan Munir mencari ikan pelaga di Bukit Belacan.

Berbekalkan iman berteraskan kewujudan Allah, Jef mengekori gadis terbabit yang melangkah ke arah sebuah van di kawasan tempat letak kereta. Sebaik Jef menghampiri kenderaan itu, seorang lelaki menyapanya.

“Cari siapa encik? Hanya saya seorang di sini. Saya berehat sebentar sementara menunggu masa mengambil pekerja syif petang yang bekerja di sebuah kilang di Rawang,"

Rakan baik penulis itu minta maaf lalu beredar meninggalkan pemandu van kilang terbabit. Sehingga kini, pengalaman berjumpa gadis Bukit Tujuh Rawang cantik molek itu sukar dilupakan Jef.

Siapa sebenar `gadis dusun' itu? Terserah kepada pembaca membuat penilaian.

“Din, sehingga ini, itulah peristiwa cukup manis yang tidak akan mudah aku lupakan. Seingat aku, ketujuh-tujuh gadis itu cukup cantik, ratu cantik dunia pun tidak secantik gadis berkenaan," katanya.

Sambil merenung, Jef yang kini berusia 58 tahun menasihati penulis sentiasa menghormati sesama makhluk ciptaan Allah SWT.

Oleh Sabaruddin Abd Ghani