Tempat menghantar karya secara online. Setiap karya yang terpilih akan disiarkan di blog yang bersesuaian. Anda juga boleh mempromosikan blog anda dengan menyertakan URL website anda. Selamat berkarya!


Sila isikan karya anda di sini.

Nama
Nama Pena
Email
URL (Jika Ada)
Mahu Papar URL (Jika Ada)
Tema Karya
Jenis Karya
Bukan original, nyatakan sumber
Tajuk Karya
Isi Karya


* Hanya karya yang terpilih sahaja akan disiarkan. Sila hantar karya yang mempunyai perenggan, susunan bahasa dan ejaan yang betul bagi memudahkan proses suntingan yang dilakukan secara manual.


* Penulisan yang menggunakan bahasa SMS atau singkatan yang keterlaluan tidak akan dilayan. Terima kasih.

Kisah Misteri: Kereta berat ditumpang pontianak

Menghabiskan cuti hujung minggu di Bukit Fraser, Raub, Pahang sudah jadi amalan Ghazli dan Fazlin (buka nama sebenar) serta tiga anak mereka sejak setahun lalu.

Kerjaya Ghazli sebagai pemuzik dan isterinya, penulis sesuai dengan suasana semula jadi yang ditawarkan kawasan pelancongan berbukit di Banjaran Titiwangsa ini.

Selain suasana alam semula jadi yang masih tidak dicemari pemodenan yang rencam, Fazlin cukup mengagumi suasana perkampungan seolah-olah di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.

Banyak kali juga suami isteri ini mendengar cerita seram, pelik dan misteri yang dialami pelancong yang bertandang, maklumlah kebanyakan banglo serta hotel yang ada sedia wujud seawal era kolonial lagi, namun itu semua tidak pernah menjadi penghalang.

Bukit Fraser menyimpan pelbagai sejarah perjuangan orang Melayu sewaktu menentang penjajah Inggeris sejak 1917 hingga ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Antara kisah misteri yang pernah menyelubungi Bukit Fraser, termasuk pencarian seorang paderi Kristian dari Singapura pada 1917, Bishop C.J. Ferguson yang berjaya menemui ‘Bukit Fraser’ selepas berhari-hari mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang dilaporkan hilang di dalam hutan itu.

Kerajaan Inggeris percaya Freser mati dimakan binatang buas atau dibunuh Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Begitupun versi yang boleh diyakini menyatakan Freser dibunuh pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Memang sudah tertulis, setiap apa yang berlaku ada sebab tersendiri. Terpulang kepada manusia dan insan di bumi Allah SWT untuk mengambil iktibar.

Kali ini Ghazli dan Fazlin silap perkiraan dan lewat memulakan perjalanan iaitu hampir Maghrib. Biasanya mereka akan mengelak mendaki Bukit Fraser dalam suasana gelap kerana jalan yang sempit dan sukar ketika berselisih kereta, banyak selekoh berbahaya dan curam. Jika sesuatu berlaku sukar juga hendak mendapatkan bantuan.

Nekad meneruskan perjalanan, kira-kira setengah jam memandu, sebaik melepasi kawasan tadahan Empangan Kuala Kubu Bharu, mereka berasa seperti sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang dipandu.

Anak kedua mereka, Nayli, 6, sejak tadi resah dan takut. Fazlin memujuk sambil menyuruhnya cuba tidur seperti abang dan adiknya.

Fazlin sendiri tambah gusar kerana baru hari pertama datang bulan, suami pula senyap dan langsung tidak bercerita, malah cukup serius memandu. Sebelum ini, tidak pernah pula dia begitu. Enjin kereta terdengar mengeram kuat tetapi kelajuan hanya 60 kilometer sejam (km/j). Berpeluh Ghazli menekan pedal minyak tetapi kelajuan tetap sama. Pelik, padahal kereta baru dihantar servis. Bukit Fraser pun belum dipanjat lagi.

Bulu romanya tegak berdiri, dalam hati kalimah dan ayat suci serta Ayatul Kursi menemani mereka sepanjang perjalanan.

Jangka waktu 20 minit sebelum sampai ke Gap dirasakan terlalu lama. Perasaan sesal dan bimbang bercampur baur. Apa pula musibah yang bakal menimpa mereka sekeluarga.

Sebaik melepasi selekoh lokasi tragedi Sir Henry Gurney dibunuh, kenderaan tiba-tiba meluncur laju. Tiada lagi bunyi enjin mengeram, ringan dan lancar. Ghazli dan Fazlin masih membisu sehinggalah mereka tiba di menara jam di tengah pekan Bukit Fraser.

“Nampak tak apa yang saya nampak?” kata Ghazli dengan wajah serius. Fazlin dengan wajah pucat dan suspen sekadar menggelengkan kepala.

“Benda tu terbang dan melintas betul-betul depan kereta kita dan terus lenyap ke dalam hutan dekat selekoh tadi...” kata Ghazli lagi sambil meraut muka dengan tangan. Rupa-rupanya kereta mereka ditumpang makhluk yang dikenali sebagai pontianak.

“Patutlah abang diam semacam saja, rupanya makhluk itu cuba mengusik kita sekeluarga. Barulah saya faham kenapa orang tua kita tidak galakkan keluar rumah waktu Maghrib, inilah mungkin sebabnya.”

Selepas kejadian itu, Ghazli dan Fazlin serik dan akan memastikan mereka akan naik ke Bukit Fraser hanya pada waktu siang.

Oleh Suzan Ahmad

Sajak Puisi : Bicara kekesalan

Sajak: Bicara kekesalan

Bagaimana mungkin
aku mendekati-Mu
sedang diri
penuh kealpaan
dan hati
ada kala membeku
ada waktu di pesisiran buntu
tika akal jauh menerpa
akan kekhilafan gugusan dosa
yang kutebarkan helaiannya

Nalurikukah yang berdetak?
kalbukukah yang meronta?
tanpa bicara
tanpa kata
tanpa suara
hanya tulus doa
dapat kuhadapkan
beriringan air mata duka
akan penyesalan
sejuta kebencian
kedaifan diri nan rapuh

Dalam keterasingan ruang sepi
aku pasrah kepada-Mu

Nukilan:
Nurul Husna,
Johor Bahru, Johor

Sajak: Cinta Bulan Di Mata Hujan

Puisi Cinta: Cinta Bulan Di Mata Hujan


Harum bulan
Mewangikan hujan
Lalu wujud kecintaan

Di bawah pohon lengang
Aku berbisikan antara angin
Luah rasa ke ras-ras rindu
Wajah sunyiku bergentayangan

Malam ini tetes hujan
Jelma di kalbu mengetuk pintu
Membiarkan daun-daun luruh
Di tasik bening kolam air mata
Menimbunkan pucuk-pucuk gerimis
Tindih dingin membelit hadir.

Cinta bulan di mata hujan
Kita masih berasingan
Di bawah kelambu kalbu
Menanti tiba bulan
Menerusi mata hujan

Kita saling bertanya
Tidak kelihatan pun
Kuyup sinar bermanja di rumputan.

Jamaludin D
Desa Jaya, Sungai Petani

Cerpen Sastera - Hipokrasi

Majoriti sudah menyebelahinya.

"Kerja menegakkan institusi Islam ini kerja fisabilillah. Tuan-tuan bakal mendapat pahala yang besar. Nama tuan-tuan akan disebut-sebut, dikenang-kenang oleh generasi akan datang. Mereka akan berterima kasih atas sumbangan tuan-tuan."

Dia tahu, sebut saja pahala, sebut saja fisabilillah, semuanya tunduk akur. Hampir dua dekad di gelanggang politik, dia semakin pintar mengatur melangkah. Pergaulan meluaskan pengalaman. Pengalaman memperhaluskan kata, mempertajam tindakan.

Psikologi Melayu Islam sudah diselami sedalam-dalamnya. Pantang kalau dengar masjid dan madrasah mahu diroboh. Menyingsing lengan belaka. Tapi, kalau disebut mahu diganti baru, bersarung kembalilah keris, melurut kembali lengan baju yang tersingsing.

“Lebih besar tapak, tentu lebih besarlah bangunannya. Lebih banyaklah kelengkapan yang bakal dibawa. Lebih ramailah pelajar akan berpeluang belajar di situ. Akan membiaklah ilmuwan-ilmuwan kita,” bicaranya menawan hati.

Orang Islam Melayu tak sama dengan bangsa lain. Mudah bertolak ansur kalau pandai menghulur salam, kalau berhemah menyusun janji.

Cuma, yang memeningkan kepalanya ialah tentang dua orang lelaki yang tak sedar diri. Dua pemuda yang dianggapnya sebagai kudis pembangunan. Dua pemuda yang cuba jadi juara.

“Mengapa pula tapak madrasah di Bukit Raya itu yang dijadikan mangsa?” ujar Mudir Madrasah. Masih muda, tapi berwibawa.

“Madrasah itu perlu diperbesar. Saya dapat banyak sungutan, ramai pelajar gagal belajar di Madrasah itu. Bangunan yang sedia ada tak mampu menampung lebih ramai pelajar. Kita tak boleh biarkan harapan ibu bapa hampa. Ini soal didikan agama.” Umpan bahasa yang sama sudah cukup menekurkan suara keras sebelum-sebelum ini.

“Tak kisahlah kalau nak bina sebuah madrasah baru di Batang Kulim. Kami setuju sangat-sangat. Itu satu perkembangan yang sangat baik,” lelaki tegap tinggi bersongkok hitam mengukir senyum. Lelaki yang memiliki firma guaman sendiri itu adalah Yang Dipertua Alumni Madrasatul Ehsaniyah. “Tapi kalau sampai mengorbankan madrasah yang sedia ada di Bukit Raya tu, kami tidak setuju.”

Datuk YB tersandar. Otaknya berputar pantas memerah akal.

“Khabarnya di Bukit Raya itu akan dibina pangsapuri mewah. Tak begitu Datuk?”

Datuk YB tersentak. Terasa kembang mukanya. Terkaan peguam muda itu menyergah jantungnya. Macam mana rancangan sulit ini boleh terlepas ke pengetahuan orang lain?

“Se ... se ... sebenarnya itu hanya projek bayangan sahaja. Belum ada kata putus dibuat. Kita masih memikirkan satu projek sesuai yang boleh memberi manfaat penduduk setempat.”

“Kalau sudah begitu, biar sajalah madrasah di situ,” pintas mudir muda itu, cicit sulung pengasas Madrasatul Ehsaniyah. “Kalau ada nampak cacat celanya, kita baik pulih apa yang patut. Bukankah banyak lagi kawasan lapang untuk dibangunkan projek pangsapuri?”

“Eh ... tak boleh. Kita dah janji nak bagi kepada pemajunya.”

“Kalau dah ada pemajunya, maknanya bukan projek bayangan lagilah, ya?” YDP Alumni menindih.

Datuk YB terkesima. Datuk YB terlupa rentak, terlajak langkah. Hatinya memaki hamun mulut sendiri yang celupar.

II

PROJEK mendirikan madrasah di tanah bekas lombong Batang Kulim rancak berjalan. Projek yang terletak enam kilometer dari pekan Semambu itu perlu disiapkan dengan segera. Tauke Boon Teik telah diperingatkan supaya menyiapkan seberapa segera projek yang bertabirkan syarikat kontraktor Bumiputera. Projek Ali Baba!

“Kalau lambat siap, proses ambil alih Bukit Raya jadi lambat juga,” wajah harapnya legat ke muka tauke yang gemuk pendek itu.

“Datuk usah takut. Saya sudah suruh orang-orang saya siapkan cepat-cepat. Tauke dari Singapura tu selalu telefon, bertanyakan pasal projek Bukit Raya,” pekat sekali telor bahasa ibunda mulut lelaki yang dihadiahkan kerakyatannya secara jus soli ini.

Datuk YB menarik nafas panjang. Di matanya tertegak pangsapuri tiga blok, lima belas tingkat setiap satu. Berselang ganti dengan rupa empat blok lesu bangunan dua tingkat madrasah.

Hatinya akur akan hujah mudir muda dalam pertemuan dengannya dua bulan lepas. Sebelum perang Dunia Pertama, madrasah itulah mercu tanda pekan kecil Semambu yang waktu itu cuma ada sebaris kedai papan lima pintu. Pelajar madrasah datang daripada pelbagai daerah malah dari negeri-negeri berjiran.

Menurut arwah datuknya, waktu itu kalau disebut pekan Semambu, tak ramai tahu. Tapi kalau disebut saja Madrasah Bukit Raya, seluruh negara tahu. Di situ pernah lahirnya pejuang-pejuang kemerdekaan yang beraliran Islam, yang nama-namanya tercicir dari catatan sejarah.

Ahhhh ... segera dia memutuskan nostalgia manis tentang madrasah itu. Dia perlu mengukir masa depan pekan Semambu dengan cara sendiri. Dia yakin, tindakannya mengambil alih tapak madrasah bukan menjadi suatu kesalahan. Dia telah menyediakan tapak yang baru dan lebih luas, yang struktur bangunan baru setaraf dengan bangunan sekolah menengah biasa serta dilengkapi pula dengan prasarana serba moden.

Suara bantahan Mudir dan YDB Alumni madrasah, segera dimasukkannya ke dalam senarai pelupusan yang tak perlu dikitar semula kerasionalannya.


III

PEGUAM muda YDP Alumni Madrastul Ehsaniyah termenung panjang. Usaha mempertahankan madrasah itu nampaknya buntu. Tegar sungguh hati Datuk YB.

Dia mula mengumpul fakta daripada sejarah yang terdekat. Lima tahun lalu, sewaktu projek pembesaran jalan utama, masjid Pekan Semambu menjadi mangsa. Masjid yang dibina atas titik peluh dan kudrat gotong-royong tenaga penduduk silam, terpaksa dipindahkan, apabila dikatakan sebahagian bangunannya menghalang laluan baru tersebut. Begitu juga dengan dua buah surau di Kampung Pisang dan Kampung Redang Sawa yang dipindahkan tapaknya.

Dia dapat merasakan, bangsanya semakin terhimpit di bumi sendiri. Sikap tolak ansur bangsanya telah dieksploitasi semahu-mahunya. Lebih mengecewakan, ialah apabila yang menjadi dalang itu ialah bangsanya sendiri.

Ya, lihat sajalah semasa projek pembinaan pasar dan stesen bas baru dua tahun dulu. Lebih 50 keluarga anak cucu peneroka asal yang tinggal di hujung Pekan Semambu, tersingkir secara terhormat dengan diberi pampasan rumah kos rendah di sebuah taman perumahan yang serba bermasalah.

Bertolak ansurlah demi pembangunan, kononnya!

Yang peliknya, setinggan lain yang tinggal tidak jauh dari pekan tidak pernah diganggu usik dan khabarnya sudah ada ura-ura tapak kediaman mereka itu diberi geran tetap.

Sekarang Madrasah Bukit Raya pula hendak dilenyapkan secara terhormat. Dia cuba mencadangkan supaya projek itu didirikan di ‘padang burung’ milik sebuah persatuan perniagaan yang terletak satu kilometer di sebelah utara pekan. Padang burung ialah sebuah gelanggang yang memartabatkan kejahilan manusia dalam melagakan suara rintihan merbuk dan tekukur. Bukan main naik angin lagi Datuk YB mendengar cadangannya.

“Awak berdua jangan cuba menimbulkan sentimen agama dan bangsa. Saya tau apa yang saya buat. Walaupun awak berdua tak setuju, projek itu tetap berjalan!”

Sergahan terakhir Datuk YB membunuh rundingan.

Mudir muda menyelami kekecewaan temannya itu. Seolah-olah sudah putus asa. Sejak khabar pengambilalihan Bukit Raya tiba ke telinga pengetahuan, kedua-duanya jadi semakin akrab. Mereka punya satu citra, satu hasrat dan satu harapan.

“Jangan bimbang saudara. Kita masih punya Allah SWT.”

Peguam muda itu mengangkat muka menatap wajah mudir madrasah. Ada nur pengertian.



IV

KALA khabar itu menjengah telinga capangnya, dia tersenyum lebar. Hatinya tidak sedikitpun berasa cuak.

“Tauke jangan takutlah. Tak ada apa-apa pun yang akan berlaku. Itu sikit punya hal. Buat kerja macam biasa.” Tauke Boon Teik yang terkocoh-kacah datang menyuarakan bimbangnya itu kembali mengangguk-angguk lega. Mudah dia meyakinkan lelaki Cina yang banyak menyumbang dana peribadi dalam kerja-kerja politiknya.

Majlis menandatangani projek pangsapuri mewah lima belas tingkat di Bukit Raya akan diadakan dua hari lagi. Segala persiapan sudah dibuat serapinya. Pengerusi syarikat dari negara jiran bersetuju untuk hadir menandatangani. Tauke Boon Teik akan menjemputnya dari lapangan terbang. Malah, wakil pimpinan negeri dijangka turut serta menyaksikan pemeteraian itu.

Ya, setahun lagi, Pekan Semambu akan mempunyai sebuah mercu tanda yang baru dan gah. Pangsapuri Bukit Raya! Petang itu mereka gelak ketawa di kelab golf.

Dua lelaki suruhannya yang menjadi mata telinganya tiba-tiba muncul dengan wajah resah.

Beberapa minit laporan lengkap dibentang wakil setianya. Datuk YB menarik nafas panjang. Dia minta diri dengan segera. Tauke Boon Teik ditinggal terkulat-kulat.

Datuk YB mengarahkan pemandunya menyusur perlahan melalui jalan di kaki Bukit Raya. Terjegil matanya merenung deretan panjang kereta aneka model tersusun rapi di pinggir-pinggir jalan menuju ke arah Bukit Raya. Beberapa pegawai polis trafik kelihatan mengawal lalu lintas.

Resah juga hatinya apabila mendapat khabar tiga menteri pusat turut serta dalam majlis di Madrasah Bukit Raya itu. Ketiga-tiganya merupakan bekas pelajar yang pernah mencipta kecemerlangan akademik semasa menuntut di madrasah itu.

Dengung bacaan Yassin yang melepas corong pembesar suara mencecah telinganya. Menyusuk ngilu ke hulu hatinya.


V

PAGI-PAGI dia bersiap-siap. Datin Maria, isterinya entah berapa kali disergahnya. Kala kakinya melangkah keluar, telefon bimbitnya berdecit-decit.

“Aiya, Datuk ... kita ada problem,” suara Tauke Boon Teik dengan cemas.

“Apa hal, tauke?” suaranya menjadi tegang.

“Itu ... itu ... kawan dari Singapore tu sudah accident ooo ....”

“Bila?”

“Tadi malam. Dalam perjalanan dari airport ke hotel. Lori yang langgar wooo!”

“Kawan awak tu, macam mana?”

“Diaaaa ... dia ... dia ... sudah mati!” Datuk YB panik. Sakit telinga mendengar telor kantonis Tauke Boon Teik itu, lebih terseksa lagi hati menelan berita yang diterima.

Langkah Datuk YB mati di muka pintu. Dadanya berdegup kencang. Matanya terkebil-kebil. Mukanya terasa kembang. Bibir bawahnya digetap ketat.

Telefon bimbit yang digenggam kemas-sekemas, tiba-tiba berdecit-decit lagi.

Dari pejabat Ketua Pimpinan Negeri - KPN.

“Datuk YB, saya diarah KPN untuk memberitahu Datuk,” suara halus setiausaha KPN.

“Tentang apa tu?”

“KPN arahkan supaya rancangan projek Pangsapuri Bukit Raya dibatalkan terus. KPN mahu Madrasah Bukit Raya dikekalkan. Surat rasmi akan menyusul.”

Datuk YB kehilangan kata. Badannya terasa seram-seram sejuk. Matanya mula berpinar-pinar. Dalam kelam kelihatan warna-warna pelangi indah yang melingkunginya impiannya makin gerhana. Di celah-celah kegerhanaan warna-warna pelangi itu Datuk YB melihat arca wajah gagahnya yang beransur-ansur padam.

Profil Penulis

MOHD HASHIM OSMAN

Dilahirkan di Batu Gajah, Perak, pada 6 Februari 1964, mula menulis sejak 1999 dan terbabit dalam genre cerpen, puisi moden dan tradisional, drama radio serta makalah bahasa yang mendapat tempat di majalah mahupun akhbar arus perdana. Lulusan Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan

Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ini pernah memenangi hadiah utama dan sagu hati kategori puisi dan cerpen sejumlah sayembara sastera dari 2000 hingga 2006. Turut memenangi Hadiah Sagu Hati Pertandingan Skrip Drama Radio Berunsur Islam 2005 anjuran Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Guru SMK (F) Besout, Sungkai, Perak ini juga muncul johan dan naib johan Peraduan Menulis Cerita Legenda Negeri Perak anjuran DBP Utara dan Lembaga Pembangunan Sastera Perak.

Kita suka awak!


Kita suka awak!

Kita benci awak!
saat kita nmpak awak
dengan dia
kita jerit panggil awak
awak buat tak tau
sebab kita jerit dalam hati
bodoh sungguh kita!!!

Pada tanggal hari lahirku
awak buat surprise ntuk kita
kita bestt sangat
awak bawak kita pergi tasik
disaat itu, awak luahkan perasaan
awak pada kita
yang awak terlalu sayang pada si dia
kita cuma bagi dorongan dari segi mental

Kita selalu menjerit sekuat hati
apabila awak dengan si dia
awak selalu tak mendengar jeritan ini
keranaku menjerit di lubuk sanubari

Awak terlalu sempurna dalam hati kita
awak baik,awak sempurna,awak sikit kacak
walaupun tidak sangat romantiss
awak tetap didalam hati ini

Suatu hari awak meminta tolong
pada kita
awak kater awak sruh saya tulis surat
pada si dia
kita hanya anggukkan kepala
awak tak tau si dia sahabat baik kita
kita hanya menulis surat dan
berikan kepada awak

Si dia tersenyum melihat surat itu
kita hanya tersenyum dalam hati ini
walaupun hatiku perit melihatnya
kita tau awak cinta dia
kita tau aku sayang dia
awak tak cinta kita
awak tak sayang kita

Hari itu awak dan dia berdating
kita hanya melihat alam sekeliling
tiba-tiba awak panggil kita
kita terkejut
si dia sudah pun berkerut

"Awak saya sayang awak"
kata-kata itu terucap dari bibirmu
aku terpaku tak bererti
barulah ku sedari,si dia adalah
hanya orang utusanmu
cintamu terhadap si dia hanya
sebuah lakonan

Awak dan dia tersenyum
kerana dapat mengenakan kita
"semua yang awak buat hanya lakonan kan?
awak hanya mahu kenakan kita kan?
tak lebih dari itu kan?"
ucap kita sambil merenungnya.
awak tersenyum
awak memegang tanganku

Kita terpana melihat nya
"i love you izni"
kita terkaku
awak menanti ucapan kita
"i love you too arsyad"
awak dan kita tersenyum
awak memelukku erat
aku hanya tersenyum

"Sorry sayang,kita tak tahu mcm
mna nk kata,selepas 8 bulan kita
bermusuh,kita merasakan ada sesuatu
perasaan aneh dihati ini,i love you
soo much, kau yang sempurna dalam hidupku"

Aku memeluknya erat
"mee too... i love you..."

Nukilan:
Ria Qistiina Ryan Radiel
Nama Pena: Ria
http://www.blogger.com/www.profiles.friendster.com/riaqistinalovearsyad

Koleksi Puisi : Gurisan Masa

Gurisan Masa

Masa pantas berputar
Berputar halus di dada dinding
Dada dinding medan hitungan
Hitungan jarinya petunjuk detik
Detiknya seolah sapaan lembut
Sapaan lembut bagi insan
Insan bernyawa lagi berakal
Berakal tentang detik waktu
Waktu yang hanya seketika cuma
Cuma terkadang melangkaui batasan
Batasan yang wujud sekian lama
Lama bukan bererti tua
Tua bukan bermaksud lemah
Lemah ada tegasnya
Tegas bagi mereka yang leka
Leka dengan syurga ciptaan
Ciptaan yang hanya sementara
Sementara menuju lembah abadi
Abadi kekal jangan disangkal
Disangkal kekal tiada undurnya
Undurnya masa rayu dikembalikan
Dikembalikan ke dunia dengan harapan
Harapan itu hanya sia-sia
Sia-sia bagi manusia yang alpa
Alpa dari mengambil ikhtibar
Ikhtibar tersirat wahyu Ilahi
Wahyu Ilahi ada bicara
Bicara tentang ‘Demi Masa’
Demi Masa wahai sahabatku
Demi Masa..

“Demi Masa.. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran” (Q.S. al – ‘Ashr : 1 – 3)

Nama: Umar
Nama Pena: Qalam Umar
Email: se7ensoul@gmail.com

Puisi Khas Buatmu

Puisi Khas Buatmu

Sayang….
Tahukah kau…
Apa yang aku fikirkan di saat aku sedang sendirian,
Aku selalu memikirkanmu
Tentang cinta kita yang terbina..
Tentang harapan dan impian kita selama ini…
Mungkinkah kan menjadi realiti?

Sayang….
Di kejauhan ini
Izinkan aku untuk merinduimu
Izinkan aku untuk terus berlindung
Serta bahagia bersamamu
Aku rasa bahagia dan bersyukur pada TUHAN
Dan akhirnya mengerti perasaan ini…

Buatmu insan tersayang…
Terima kasih ku ucapkan,
Sesngguhnya tiada lain di hati ini selain dirimu
Ku harap agar kau kan terus menyayangi diriku
Seperti mana diriku menyayangimu sepenuh hati.

Aku ingin selamanya bersama mu,
Aku sayang padamu...

Nama Pena: Teratai Indah
Email: aleeyaienmamat@yahoo.com

Luahan Hati : Kenapa?

Kenapa

Masihkah kau ingat..
dulu kau hadir dalam hidupku,
hanyalah sebagai seorang kawan,
setiap masa menemaniku,
dalam meneruskan hidupku.

Masihkah kau ingat,
waktu itu kita sudah mesra,
walaupun kita tidak pernah pun bersua,
namun hatiku amat gembira,
bila kau sentiasa menemaniku.

Masihkah kau ingat,
pada suatu saat yang tak kusangka,
kau memanggilku dengan panggilan yang istimewa,
terkejut aku mendengarnya,
tapi hatiku tetap senyum membunga.

Masihkah kau ingat,
kita sama-sama menempuh segalanya bersama,
walaupun kita kerap mengalirkan air mata,
kerana tidak tahan dengan dugaan yang melanda,
akhirnya kita berjaya jua menghadapinya.

Tapi kini,
setelah kita terpisah jarak,
kau mula berubah rentak,
selalu memikirkan perkara yang bukan-bukan..

Percayalah,
aku tetap disisimu,
aku tetap bersamamu,
walaupun beribu batu kita berjauhan,
namun hatiku tetap hanya untukmu.

Tapi kenapa kini,
kau sering mengatakan untuk berpisah,
kau sering membicarakan tentang mimpi-mimpi pelik,
kau sering juga mengeluarkan kata-kata yang menghiris,

Kenapa,
apa salahku,
apa dosaku,

Sayang,
renunglah kedalam mataku,
aku akan menyintaimu,
sepanjang hidupku.

Tapi kenapa,
kau inginkan perpisahan,
kau inginkan berjauhan,
kau inginkan semua itu,

Kenapa... kenapa... kenapa...

Nama Pena: pengembara
Email: udm_thullab@yahoo.com.my
URL : http://mughamir86.blogspot.com

Sajak : Biarkan

Biarkan

Pandangan mata
selalu derita
pedih membutakan

Gejolak hati
sangat ngeri
ketar membebalkan

Di mana syurga?
ke mana pahala?
di muncung senapang
ke jasad mujahid!

Akhirnya mata masih buta
cahaya hati semakin mati
kita hanya berdiam diri..

Oleh:
pena tajam

Puisi : Cinta Kasih Abadi

Puisi : Cinta Kasih Abadi

Ya Allah...
kurniakan aku hati putih
hilangkan rasa iri di hati
lenyapkan titik-titik dosa
agar diriku jauh dari noda

Ya Allah..
peliharalah aku
lindungilah aku
kurniakan aku hidayah-Mu
agar aku tetap tabah di jalan-mu




Subhanallah...Allahu Akbar..!!





Nukilan:  Ayu Nirza

Luahan Hati : Dia Cinta Pertamaku

Luahan HatiDia cinta pertama ku...
Dia banyak mengajarku erti kehidupan yang sebenarnya...
Aku tahu apa sebenarnya erti kesabaran dalam kehidupan?
Aku tahu apa erti dan nilai kasih sayang yang sebenarnya bila dalam perhubungan...
Aku tahu semuanya dari dia...

Dia pasangan hidupku yang pertama dan ku harap dia juga yang terakhir...
Dia terlalu baik untukku kerana sanggup berkorban semata-mata untukku....
Aku dan dia melalui alam percintaan
Yang ku rasakan semua pasangan tidak inginkan..
Aku jauh dengan dirinya....
Orang kata cinta jarak jauh ini terlalu rumit..
Ya memang betul apa yang dikatakan itu...aku akuinya
tapi dengan berbekalkan keyakinan,
kesetiaan dan kepercayaan yang aku berikan terhadapnya...
aku harap kau tidak sesekali mendustai cinta,
keyakinan,kesetiaan, dan kepercayaan yang ku berikan..
hanya kau yang aku sayangi untuk selama-lamanya...

Nukilan:
rizzra syahira

Sajak : Diriku

Diriku

Ah, risaunya aku
Ketakutan yang sungguh
Besar sekali
Langit gelap
Awan menutupi
Sungguh seluruh.....

Aku rasa
Aku hampir tak berasa
apa-apa lagi
Aku juga seperti seorang
perindu,
Sungguh merindu.....
Masa-masa telah berlalu.....
Kenapalah sekarang ini aku
Seperti takut
Hendak melangkah lagi.....

Hari-hari semakin
menakutkan hari-hari
Hari-Hari
Aku sudah semakin
Tidak boleh tidur lagi.....

Apalah yang aku fikirkan
Sekarang ini
Langsung tiada rasa
Walaupun ada rasa (rasanya)

Dalam ketakutan yang
bergelumang dengan
kerisauan ini
Aku tak tahu apa
untuk dilakukan
Menjadi kaku
Risaunya aku
Sungguh risau aku.....
- Huraian -

Petunjuk kekalahan
Simbol kekalahan
Tiada kekalahan
Melainkan kekalahan
Yang aku cipta sendiri
Dapat tahu dengan petunjuk
Sungguh bau busuk
Kejijikan
Kehinaan nikmat.....
- Konflik -

Pelik betullah
realiti hari ini?
Sekejap aku ada dekat sini
Sekejap aku ada dekat sana
Sekejap aku berada di Syurga
Sekejap aku berada di Neraka
Dinamika dunia, iyalah.....

Hidup ini tidaklah
Taklah sejernih kaca
Semudah susu dan gula
Boleh jelas kelihatan
Boleh ditentukan
Apa sukatan rasa

Aku gagal, aku gagal
Aku gagal, aku gagal
Dalam perang dalam
Konflik diri
Langit yang begitu begini
Berwarna yang bukan warna
Seperti hendak kiamat
Lambang kehabisan.....

Tak patut sebenarnya
aku menuliskan semua ini
Tak patut.....
Tidak patut.....

Nukilan:
Nama Pena: riezham
Email: mhz_81@yahoo.com

Cerpen Cinta Online : Cinta Yang Tak Terucap

Cerpen Cinta : Cinta Yang Tak Terucap

Pertama kali aku memandang wajahnya ada sesuatu yang ku rasakan pada detik itu.. Entah la, aku sendiri pun tidak pasti apa yang aku rasakan. Namun di waktu aku memandangnya ada tarikan yang sukar di ungkapkan. Ku lihat dia hanya tersenyum ke arahku. Mungkin memberi senyuman perkenalan. Pagi tadi ketika aku melaporkan diri di pejabat. Aku tak perasankan dia, mungkin waktu itu aku memikirkan penerimaan mereka kepada diriku. Aku cuma berbalas senyuman kepada setiap mata yang memandang ku tadi. Jika aku tidak berbuat demikian, nanti aku di katakana seorang yang sombong pula. Lagipun ini adalah hari pertamaku bekerja.


Ya gadis berbaju ungu yang bercorak bunga itu msih lagi berbual mera dengan rakan –rakan sepejabatnya. Oh sekarang mereka menjadi rakan-rakan sepejabatku juga kerana sekarang aku adalah warga kerja syarikat Karya Creative Sdn.Bhd. Aku masih tidak puas memandang pada raut wajah ayu milik gadis itu. Hatiku berdetik, siapakah gerangan namanya, aku sempat memandang, rambut yang menjadi mahkota setiap wanita ditutupi dengan tudung yang sedondon dengan warna baju milik gadis ayu itu. Memang cantik, sekali pandang,. Tak tumpah seperti aktor popular Wardina Safiyya. Memang menawan, tanpa ku sedari ada getar di hatiku. .

Saat ini daku tak bisa kelipkan mata ketika dia di depanku. Hanya senyuman yang menawan tak lekang di bibirnya yang rekah bak delima. Jantung kian berdebar, tapi riak tenang di wajahnya menyejukkan mata yang memandang "Assalamualaikum, saya Emeer" aku sepatutnya tidak membuat perkara yang sememagnya aku tidak pernah buat ketika bertemu atau berkenalan dengan perempuan iaitu berjabat salam.. Gadis ayu bertudung itu hanya tersenyum ayu huluran tanganku dibiarkan sepi, sesepi air di kali.YaAllah malunya aku!

" Maaf wanita dan lelaki yang bukan muhrim, tak boleh bersentuhan atau berjabat salam" bicara gadis itu dengan percakapan yang lemah lembut sebagai seoran perempuan, "Saya Nur Syifa' Mahfuzza panggil Nur je" sambil tersenyum dia mengungkapkan namanya, seindah namanya secantik wajahnya. "Awak baru laporkan diri ke?" "Ye pagi tadi" sepatah jawabku. Namun aku begitu gembira kerana dia sudi berbual denganku walaupunhana bertanya khabar. Lantas dia berlalu.

Pebualan itu rupanya satu permulaan pada persahabatan kami. Kami memang akrab sebagai seorang sahabat, namun di dalam hati ini bukan hanya sekadar seorang sahabat, tetapi lebih dari seorang sahabat. Aku menyintainya, ya aku tidak menafikan perasaanku saat ini, malah bukan saat ini sahaja, tetapi kali pertama aku memandangnya Namun rasa kasih ini tak pernah ku luahkan, hanya di angin lalu. Bukan aku takut untuk meluahkannya, tetapi aku lebih takut kehilangannya. Aku tahu dia sudah ada yang punya, ketika kali pertama persahabatan kami. Namun dalam diam cinta yang mula mekar dan mengharum mengatasi segalanya. Walaupun ku tahu saatnya nanti aku akan merana kerana dia akan di miliki oleh insan lain, tetapi apa salahnya, selagi ada ruang aku masih bisa menatap wajahnya dan berbual mesra.

Hari-hari yang ku lalui begitu sesak, sesak dengan rindu, rinduku padanya, sehari ku tak bisa melihat wajahnya , kurasa gelisah yang tak menentu, ingin menghubunginya aku malu, teramat malu, kerana aku takut dia akan perasankan tingkah laku ku yang kian berubah. Memang aku sentiasa mengambil berat tentangnya. Jika boleh ku mahu sentiasa bersamanya walaupun hanya seketika.

Ah kenapa aku tidak bisa melelapkan mata. Hanya bayangan wajahnya yang bermain di dalam minda. Hampir dua minggu aku tak bersua dengannya, rindu? Tak tertanggung rasanya. Kasih kian membuak, kiranya dia di depanku saat ini, akan ku ungkapkan kata cinta, akan ku luahkan segalanya, cinta ini hati ini ,hanya untuknya..

Namun ..."Cinta yang terindah, namun tak pernah di ungkapkan..rindu yang teramat.. namun tak pernahku lafazkan, pada si dia yang ku cintai hanya namamu yang terpahat di dalam hati. Kau tahu ku menyukaimu kerna aku dapat merasakannya. Namun dirimu ada yang punya, ku tak salahkanmu.. Kerana ku tahu cinta tidak semestinya akan bersatu. Aku bahagia aku gembira walaupun hati ini ada palitan luka, aku gelisah walaupun kita sering bertentangan mata namun ku tak pernah mengungkapkan kata cinta. Matamu yang bundar menghapus kerinduan yang begitu sarat, esok kita pasti ketemu lagi. Walaupun hati ini meronta-ronta menjerit kata cinta, tetapi bibir ini amat berat untuk meluahkannya ... Aku merinduimu sayangku, terlalu rindu walaupun sehari dalam seminggu sahaja ku bias ketemumu. Agar hari yang singkat ini bisa mengubati kerinduan yang sarat di hati saat ini. Ku tahu sayangku, aku bukan untukmu. Namun adakah dihatimu ruang untuk diriku.."

Hanya di atas lembaran kertas sahaja ku bisa mengungkapkan semua itu. Aku tak mampu untuk berterus terang, aku tiada kekuatan untuk semua itu.

"Assalamualaikum"
Tanpa melihat siapa gerangan si pemanggil terus ku angkat telefonku. Suara itu, suara yang amatku rindu, dengan debaran terus ku jawab.

"Waalaikummussalam.. ye Nur ada ape awak call saya malam-malam ni?" hati ku kian berbunga. "Maaf ye Emeer gangu awak malam ni, sebenarnya esok saya nak ajak awak temankan saya ke Melaka, ada mesyuarat, saya tak berani nak drive sorang-sorang"

Kemana saja sayangku, aku sanggup menemanimu, ke bulan atau ke bintang bisa saja, asalkan kau sentiasa bersamaku, setiap detik setiap waktu kau tetap di hatiku, semua itu terpendam di lubuk hati.. tak ku luahkan..

"Untuk cik Nur syifa' Mahfuzza ke bintang pun saya sanggup" ringkas jawapanku, namun sejuta makna yang tersirat.

Wahai sang mentari, cepatlah dikau muncul agar cepat ku ketemu kekasih hatiku. Agar terlerai segala rindu, tanpa ku sedari aku terlena dengan nyenyaknya. Bagaikan hilang segala kekusutan dan kerinduan di saat ini.. Besok ku akn segera ketemunya...

..Tamat.

Nukilan:

Ehmady Essiddeqy
Email: el_adnafie@yahoo.com



Luahan Hati - Siapa Aku Di hatimu

Luahan Hati - Siapa Aku Di hatimu

Aku termangu sendirian memandang ombak yang beralun-alun
meniti pantai yang indah itu
siapa aku dihatimu?
coretan yang manari mengikut rantak jemariku

Huhhh!!!!
keluhan yang aku lepaskan seakan keras kedengaran
berat yang tidak tertanggung

Oh! Tuhan, bantulah aku
aku teramat mencintainya sehingga aku begitu takut
kehilangannya
Namun, tanpa sedarku tingkahku ini membuat dia semakin jauh denganku
aku takut..
teramat takut..
menitis air mataku di bibir mataku yang kelihatan lebam itu
senduku semakin kuat
tenggelam dalam derusan ombak..

SYEAD EZ HARIZZZ....
hanya itu yang bergetar dalam hati ini..
sebak
maafkan aku kerana hadirku menambah bebanmu
kejauhan kita
membuat aku ragu sayang
aku ingin hilangkan ragu ku kini
aku bangun
memandang laut yang muram seakan hatiku kini

Subhanallah!
kuatkanlah hati ini menempuh segala dugaanMU
aku berserah pada yang Maha Kuasa

Ya Allah, satu pintaku kini
jika benar Syed Ez Hariz jodohku
dekataknlah aku padanya
dan jika bukan
jauhkan dia dariku
agar aku tidak terluka lagi Ya Allah
dan jika benar dia ada agenda di sebalik itu
bongkarkanlah ia padaku
supaya hati ini tidak lagi merintih

Hambamu kini berserah
segalanya adalah Engkau Yang Maha ESa
Amin Ya RobanalAlamin
dengusan halus kedengaran
aku meraup mukaku..

Selamat Tinggal dukaku
semoga datang pelangi yang menyinar kembali
aku beransur pergi..
pergi..

Nukilan: Ria Qiatina



Suka tak baca karya ni? Apa kata bagi semangat kat penulis dengan menghantar komen, ulasan atau pendapat. Terima kasih daun keladi. Lain kali komen lagi.

Luahan Hati - Yang Kudamba

Luahan Hati - Yang Kudamba


Cinta selalu datang tanpa diduga...
cinta selalu pergi tanpa diminta...
cintamu datang dan pergi...
cintaku kekal abadi...

Kini aku mula sedari...
hanya satu cinta hakiki...
yang mungkin kekal abadi...
sehinggalah aku mati...

Aku tak minta untuk dicintai...
aku tak memaksa untuk disayangi...
aku cuma inginkan kasih seorang lelaki...
yang bisa menjaga aku dengan sepenuh hati...

Cinta hakiki aku ingini...
cinta di hati sekadar mengisi...
keinginanku sebagai seorang insani...
yang mendambakan kasih sayang dari seorang
insan bernama LELAKI...

Nama Pena: citra_arda
Email: cinta_arda90@yahoo.com

Puisi Kekecewaan - Sayang

Puisi Kekecewaan - Sayang

Di sini ada hati terluka..
di sini ada hati kecewa..
di sini ada hati yang setia..
dan di sini jualah ada hati yang merana..

Tanpa di duga sayang tiba..
entah mengapa sayang wujud di hati
sedangkan jiwa di palu rasa kecewa..
dan di palu rasa duka...

Mengapa sayang..
itu masih bertaut di hati..
sedangkan jiwa bergelora
kerana cinta..
yang dibina musnah
angkara tidak setia...
oleh itu akan meranalah hati
akibat sayang
pada cinta yang merana selamanya...

Nukilan:
nana salju..

Bicara Cinta: Sakit Cinta Yang Dipendam

Tidak ku pinta jadi begini..
tidak ku pinta mencintaimu..
pernahkah kau tahu perasaan ku padamu..
cinta ku padamu?

Aku tidak cukup kuat..
untuk menyatakan isi hatiku..
cukuplah sekadar menyimpan wajahmu
di dalam kotak memoriku..

Izinkan aku..
terus melihatmu dari jauh..
walaupun engkau tidak tahu kehadiranku ini..
andai kau punya perasaan yang sama..
pasti kita sudah bersama..
argh!itu tidak akan mungkin terjadi..

Engkau pasti tidak tahu..
sakit ternyata hati ini..
memendam cinta..
hendak diluah ku malu..
bagaimana kalau engkau menolak cinta aku..
cinta yang lahir dengan sendirinya..
tanpa paksaan..
tanpa kira rupa,kekayaan..

Apa yang mampu ku buat..
hanyalah berdoa supaya sentiasa..
dapat melihat engkau selalu..
aku juga berharap..
dirimu masih belum berpunya..

Ya ALLAH..
aku mencintai dia..
aku tidak kuat meluahkan segalanya..

Nukilan:
nAdiEyrA

Luahan Hati Cinta

Saya Sayang AwakPernah aku mengimpikannya,
memasang angan-angan andai dapat kumilikinya...
tetapi siapalah diriku ini,
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu...

Malah pernahkah aku ada di hatimu..
kerna aku cuma mengintaimu dari jauh...
walaupun aku tahu bahawa aku tidak dapat memilikimu
namun aku masih mencintaimu..
kerna sekali cinta,aku tetap cinta..
andai rasa ini rasamu jua,
kamu akan mengetahui sakitnya hati
apabila mencintai seseorang secara diam-diam..
melihatnya bersama yang lain,
cukup membuatkanmu
cemburu tidak semena-mena..
aku hanya mampu mengharapkan
kamu akan berbahagia bersama pilihan hatimu..
berbahagialah si dia yang mendapat cintamu...


Nukilan:
Nama: Nur Aini
Nama Pena: eny
Email: eny_sya29wari@yahoo.com

Luahan Hati : Kembara Seorang Insan Di Bumi Ini

Aku bersyukur kerana diberikan ujian ini
kerana menguji siapakah aku sebenarnya dimuka bumi
yang hanya sementara aku jelajahi
di dalam perjalanan yang aku langkahi
pelbagai dugaan yang mendatang menguji
aku ibarat kain putih yang datang
namun dicorakkan dengan pelbagai warna yang melayang
kehidupan perlu diteruskan
walaupun warna-warna suram yang mendatang
semoga aku kekal berteraskan keimanan dalam perjalanan ini....

Nukilan:
Nama Pena: pengembara
Email: nashhaizan@gmail.com

Puisi Cinta: Tentang Cinta

Dalam penantian aku berdiri
Menatap hampa pada apa yang di sebut bahagia
resapi pilu akan kehilangan
terpaku dalam buaian hati yang sepi

Kepergian awali penentian yang abadi
relung hati kini dekap sang sunyi
tepiskan kebersamaan yang terukir
jiwa kehilangan asa untuk berdiri

Kini hanya menatap hampa
kebisuan hati yang tak lagi dapat suarakan arti cinta
kini hanya berselimut luka hati
dan kini aku kan tetap berdiri dalam penantian yang abadi..

Nukilan:
Nama: hendri adiya
Nama Pena: my poem
Email: titisan_beatles_gibran@yahoo.com

Luahan Hati : Cintaku

Terima kasih Ya Allah...
kerna hatiku telah jatuh cinta...
dan cinta itu telah disambut oleh cintaku....kekasihku...
cinta hadir dari mata turun kehati....
cinta pandang pertama untuk kekasihku.

Sesungguhnya lumrah cinta,
putus ditengah jalan...
tiada penghujungnya ,
kini kami bertemu kembali.

Namun cinta hakiki tidak pernah bersalah
kerna Allah telah anugerahkan cinta itu untuk kami..
juga takdir Allah maha kuasa cinta kami tidak akan bersatu.

Namun untukmu kekasih ku ..
kau tetap dalam doaku semoga sejahtera selalu...
Amin YarabbalAlamin.
untuk mu (MAN)..

Cuma Ya Allah ku pinta darimu..
kuatlah iman ku..
kerna ku tidak kuat seperti wanita teragung (HAWA).

Ya Allah padamkanlah bayangnya dari hatiku bersama sama senja nan merah.
Ya Allah hilangkanlah cinta ku dari dirinya dari segenap saraf tunjangku.
Ya Allah aku tidak mampu memikul dugaanmu.

Ya Allah sesungguhnya Engkau maha kuasa,maha mencintai bantulah hambamu yang kerdil ini...Ya Allah

Nukilan:
Ogy
Email: x.paxros@ymail.com

Luahan Hati - Aku Dan Perasaanku

Sudah lamaku pendam.. hampir terburai segalanya.. rapi kusimpan dari pengetahuan rakan2..hanya penulisan menjadi peneman.. luahan perasaan.. aku selalu ternanti2.. terintai2..menunggu dan terus menunggu.. jika tidak rupamu, cukuplah sekadar namamu muncul di ym ku..itulah penawar paling rendah utkku..

Seringku mengharap.. agar kau mnegurku.. berbicara sesuatu.. kerna aku mengharapkanmu.. tak terdaya aku menahan perasaan.. biarpun aku digelar syok sendiri.. ak pasrah...

Aku tahu akn perbezaan antara kita.. betapa kau begitu baik dimataku.. kita jauh berbeza.. namun jauh disudut hati.. aku amat mengharap agar perbezaan itu yang akan dapat menyempurnakan kehidupanku... agar menjadi lebih baik..

Hanya Allah yang mengetahui perasaanku ini.. biarlah aku bermain dengan perasaanku ini walaupun aku tahu ia bagaikan api yang mampu membakar hatiku bila-bila masa sahaja..

Aku yang pasrah..masih menanti dengan harapan walau kusedar ianya begitu tipis............

Nukilan:
sS gurl

Luahan Hati : Cinta Pertama Har

Cinta Pertama Har..

" SAYA HARAP SANGAT LEPAS AWAK BACA SURAT INI, AWAK TAKKAN ANGGAP SAYA SEBAGAI KAWAN AWK JER, SAYA NAK AWAK ANGGAP SAYA SEBAGAI SPECIAL GIRLFRIEND AWAK."

Itulah surat pertama yang dia beri Har. Masih Har ingat saat-saat tu. Cinta pertama Har amat membahagiakan hidup Har selama hampir empat tahun.

Namun, semua itu tidak kekal. Setelah dia berjaya, mempunyai pekerjaan tetap, dia tinggalkan Har keseorangan. Dari apa yang dia cakap, dia sudah ada orang lain.

Har mengaku memang air mata ni mengalir tanpa henti. Lepas Har hantar dia buat kali terakhir ke Johor. Har terus tak dapat jumpa dia sampai sekarang.

Dia langsung tak tengok muka Har masa tu. Har tak tahu apa salah Har pada dia. Har akan mendoakan dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang.

Luahan Hati:
har_dee
URL : panglimaharon.blogspot.com

Luahan Hati: Cetusan

Cetusan

Aku tidak pernah ingin memiliki
Atau ingin membina sebuah hubungan
Tidak juga berniat untuk menimbulkan sebarang prasangka
Aku tidak tahu yang sebenarnya
Aku Cuma ingin berteman
Mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan
Hanya untuk sementara

Aku perlu teman untuk bercerita
Untuk mengisi kekosongan
Aku perlu teman
Untuk berjenaka, didalam kepalsuan tawa..
Aku ingin merasakan hidup yang sebenar
Yang penuh dengan warna-warna indah
Adakah kerana
Aku yang sakit ini
Tidak layak untuk punya teman
Yang mampu memberi senyuman
Adakah kerana aku ini lemah
Untuk memiliki seorang teman
Yang memahami akan keadaanku

Jujur ku katakan
Hidupku tidaklah lama lagi
Hanya menanti detik itu
Hidup mati ketentuan illahi
Ya aku tahu kebenaran itu
Namun....
Seseorang itu akan merasakan
Saat kematiannya...
Dan itu lah yang ku rasakan

Ketakutan untuk melelapkan mata
Sering menhantuiku
Aku takut tidak lagi melihat dunia ini
Aku takut aku bangun bukan lagi bangunku

Aku belum bersedia untuk meninggalkan semuanya
Keluarga, rakan-rakanku, kehidupanku, nyawaKU,
Aku belum bersedia untuk meninggalkan semuanya
Tanpa kenangan indah bersama mereka

Aku gembira melihat tawanya mereka
Aku gembira melihat jenakanya dia
Aku gembira kerana melihat senyuman mereka

Aku belum puas melihat semua itu
Kerana aku menganggap senyuman mereka
Satu anugerah yang amat berharga
Aku ingin sedikit masa lagi untuk
Membuat mereka tertawa denganku

Deritaku
Hanya deritaku
Tidak ku ingin berkongsi rasa derita ini,
Kerana aku hanya aku

Untuk yang sekian kalinya
Aku ingin mengimbau
Masa lalu ku bersama mereka

Sering tertawa bersama
Mengukir senyuman yang indah
Mereka kawan kawanku , mereka sahabatku, mereka temanku

Masih terngiang-ngiang
Tawamu temanku
Yang selalu menemaniku
Yang selalu menceriakanku

Aku masih ingat lagi
Ketika kita bercerita tentang kehidupan
Air mata meredakan suasana kita

Aku masih ingat lagi
Kau temanku
Yang selalu memberi nasihat kepadaku
Teman ketika suka dan duka
Kala kelam dalam kepayahan
Kau temanku
Sering membantu memberiku semangat
Untuk sentiasa mara kehadapan

Temanku
Inilah kiranya coretan terakhir untukmu.....

Teman tersayang
Terima kasih kerana hadir
Menemani hidupku tika ku kelam dalam penderitaan..
Perhatianmu amatlah ku hargai..
Derita ku kini telah berakhir
Berakhir dengan tenangnya disana
Aku tak ingin kau menitiskan air mata
Atas pemergianku..
Tidak ku ingin melihat raut sedihmu itu..
Aku tahu masa-masa kita
Saat terindah untuk dikenang,
Namun temanku..
Janganlah kau sedih
Kerana pemergian ini membuatku
Tenang dan deritaku telah berakhir

Aku ingin kau teruskan kehidupanmu
Dengan kebahagian walau tanpa kehadiranku
Aku tahu
Apa yang ku rasa
Kau juga merasainya
Atau sebaliknya
Janganlah kau benarkan air matamu menitis
Walau setitispun jatuh kepipimu
Usaplah ia
Usaplah ia kerana aku tidak menginginkannya

Teruskan kehidupanmu temanku
Dengan kehidupan yang baharu...
Tanpaku.,..

Terima kasih ....
Terimakasih kerana sabar melayan karenahku
Terima kasih kerana menjadikan aku seorang insan yang tabah
Dalam menempuh derita

Akhir kata
Engakaulah temanku tersayang
Aku pergi dahulu.....
Selamat tinggal teman tersayang ..........

Nukilan:
Princess Syuhadah
Email: syuhadahprincess@yahoo.com

Cerpen Cinta Online : Pada Cintanya

"Bosanlah asyik menghadap computer je. Naik juling bijik mata aku tengok excel ni," Aku membebel sorang-sorang depan komputer.

'Bukak blog orang best gak ni. Boleh timba ilmu dicampurkan dengan mengutuk,' aku memasang niat tak elok. Jangan tiru tau. Tak baik untuk kesihatan hati dan fikiran korang nanti.

'Mana satu nak bukak dulu ek. Wah…page ni cam leh tahan je,' aku terdiam seketika membaca blog yang kubuka.

'Berani betul dia tunjuk makwe dia. Leh tahan jugak cun makwe dia ni. Dia pun bolehlah tahan gak,' aku membelek lagi blog dia yang bercampur life serta hal berkaitan pengguna blogspot. Jeles gak aku baca blog dia ni, siap guna perkataan Pa and Ma lagi. Romantik tul.

'Aku ngan dia. Harem nak guna Pa, Ma dan seangkatan dengannya,' tiba-tiba hatiku terdetik mengingati dirinya. Siap terberangan lak tentang dia.

Tiba-tiba antena telingaku menangkap bunyi handset yang terjerit-jerit lagu Pcd-Jai Ho. Aku segera mencapai handset yang kuletakkan di dalam laci.

"Assalammualaikum, ye nak cakap dengan siapa?"

"Wa'alaikumsalam. Main-main ek. Nak cakap dengan kaulah. Siapa lagi. Karang nak lunch sesama tak?" soal buah hatiku.

"Boleh jugak. Kau nak belanja ke atau aku belanja?"

"Apa kes perempuan belanja. Akulah belanja nanti. Nanti pukul 12.55 kang tunggu depan kereta aku," ujarnya.

"Ok," balasku sambil tersenyum manja. Dia tak nampak pun aku senyum macam tu.


Tepat pukul 12.55 tengahari aku dah duduk tercongok depan pintu kereta dia. Tapi batang hidung dia tak nampak pun sampai sekarang ni. Selalu dia sampai dulu sebelum aku, ada kerjalah tu.

'Sampai pun, tapi kenapa muka dia tu cemberut semacam je,' aku bermonolog sendirian didalam hati.

"Sorry lambat. Jom naik cepat," arahnya tanpa secalit senyuman seperti selalu. Aku masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjin kereta dan kami bergerak menuju ke tempat biasa.

"Kau kenapa?Macam ada problem je?" soal aku lambat-lambat.

"Takde apa pun. Makan cepat sikit ek. Aku kena keluar petang ni," ni yang tak best ni. Tak boleh lepak macam selalu, dia pulak ada hal.

"Ok," balasku terpaksa.

Malam tu aku mendamparkan diri di atas katil bujangku sambil membaca novel Tuhan Lebih Tahu karya Nora Ismail. Bacaanku terhenti seketika apabila mengingati peristiwa tengahari tadi. Tak pernah lagi kuberdepan dengan situasi tadi, selalu dia ceria je. Aku mencapai handset nokia 5310 kesayanganku dan mendial nombor buah hatiku, Taufik.

"Assalammualaikum, Fik. Kau buat apa tu?" soalku sebaik sahaja panggilanku berjawab.

"Kau ke. Aku tengah layan game Diner Dash ni. Ada apa tipon aku memalam camni?" soal dia pulak.

"Saje je. Takleh ke? Kau ok ke?" soalku lagi.

"Apa yang ok? Aku sentiasa ok."

"Ye ke, kalau ok, baik kau bagitahu kenapa kau monyok semacam je waktu lunch tadi?"

"Takde apa."

"Kau teringat dekat 'dia' lagi ke?" spontan terpacul soalan yang tak kujangka itu. Dia terdiam agak lama, dia menarik nafas agak panjang.

"Sorry, tak sengaja tanya."

"Tak apa. Oklah aku nak sambung main game ni. Bye, assalammualaikum," dia mematikan panggilan sebelum sempatku jawab salamnya.

"Aku rasa serba salah pulak tanya pasal tadi sedangkan aku tahu tak patut aku tanya hal yang dah berlalu. Taufik, aku mintak maaf. Akhirnya aku tertidur dalam keadaan yang cerah.

"Fik, petang ni teman aku pergi beli barang jap boleh tak?" soalku. Sengaja aku ajak dia temanku sebab dah hampir sebulan aku tak nampak kelibat dia.

"Sorrylah, petang ni aku ada hallah," jawabnya.

"Ala....tak boleh ke teman? Sekejap pun jadilah, dah dekat sebulan tak jumpa. Aku telefon pun tak berjawab," desakku lagi.

"Aku ada hallah petang ni. Hujung minggu nilah ok. Aku janji..." pujuknya/ aku mendengus perlahan.

"Ok, nanti ambik aku macam biasa. Apa-apa hal telefon aku tau," aku berpesan sebelum kami memutuskan panggilan.

"Macam mana?" soal Liana.

"Hujung minggu ni dia boleh teman aku," ujarku pada Liana.

"Biasalah orang lelaki, kau kena bersabar dengan kerenah dia. Kau patut bersyukur tau, dia tak buat perangai macam bf aku ni," Liana memujukku.

"Tengah bersabarlah ni. Dekat sebulan tak jumpa, nak call tinggal harapan jelah. Tak faham aku kadang tu dengan perangai dia," aku mendengus agak kuat.

"Kau kena faham, orang lelaki ni, ego dia tinggi. Kalau ada masalah bukan nak luah kat kita. Lagipun, aku seingat akulah, bf aku pernah cakap, orang lelaki ni kadang-kadang dia pun nak masa untuk bersendirian. So.....apa kata kau bagi dia masa untuk bersendirian dulu. Bila dia ok, mesti dia datang kat kita balik," ujar Liana dengan panjang lebar. Aku menganggukkan kepala dan tersenyum mendengar kata-kata Liana yang ada betulnya.

"Ok, kau ikut je cakap aku sekarang ni. Lagipun, hujung minggu nikan korang nak keluar sama-sama."

"Itu pun kalau jadi," balasku. Dia hanya tersenyum.

Aku bersiap ala kadar, mekap tipis kukenakan pada mukaku. Kurapikan bajuku dan melangkah ke bawah, terjengul muka Bayah ditangga.

"Amboi, wanginya minah sorang ni. Nak gi mana ni? Nak ikut boleh?" guraunya.

"Nak ikut ke? Jomlah, cepat gi siap," aku membalas gurauannya.

"Tak naklah. Nanti kena hempuk dengan cik abang kau," selorohnya.

"Takde maknanya dia nak hempuk kau, sebelum dia hempuk kau, aku hempuk dia dulu," balasku lagi sambil tertawa. Namun tawaku mati apabila terdengar panggilan masuk.

"Helo, assalammualaikum. Kau dah sampai ke?" soalku setelah memberi salam.

"Wa'alaikumsalam. Ni, aku nak bagitahu kau, aku tak dapat teman kau keluar hari ni. Aku dekat kampung sekarang, sorry lambat bagitahu," ujarnya.

"Ye ke..takpelah kalau mcam tu. Aku pun baru nak bersiap," mukaku yang tadinya ceria terus bertukar mendung.

"Lain kalilah kita keluar ek, kau nak kirim apa-apa tak?" soalnya.

"Takde apa kot, kirim salam dekat emak kau ek," aku menahan sendu dalam hati.

"Ok, kalau macam tu. Jumpa nanti. Assalammualaikum."

"Wa'alaikumsalam."

"Bayah, aku gerak dulu ek. Kalau kau nak apa-apa mesej je aku nanti tau," aku melaung dari luar.

"Ok, hati-hati tau," sahut Bayah.


Aku melontarkan batu ke dalam tasik, alamat kalaulah terkena ikan mahu ikan tu marah kat aku. Tapi sekarang ni aku tengah bersedih hati, dulu seingat aku, kalau dia balik kampung, mesti dia bagitahu aku. Aku melontar pandangan ke arah tasik, sekali sekala ternampak kepala kura-kura yang terjonggol ditengah tasik.

Setelah agak tenang hatiku, aku memutuskan untuk berjalan kaki ke Perpustakaan Negara yang berada kira-kira 500 meter dari tempatku sekarang. Kerja gila yang pernah kubuat inilah, berja;an seorang diri sejauh 500 meter ke Perpustakaan Negara.

Dari Perpustakaan Negara, aku menapak ke Giant Taman Permata dengan menaiki teksi untuk membeli barang keperluan rumah sewa kami. Nasib baik Bayah tak kirim apa-apa, kalau tak jenuh aku nak mencari barang yang dia nak. Hampir petang baru aku balik ke rumah sewa kami, jalan kaki je, rumah aku dekat dengan Giant je.

"Assalammualaikum, Bayah....Bayah...." aku memanggil nama Bayah. Tak lama kemudian Bayah keluar membuka kunci.

"Aik...ni je kau beli. Dari pagi keluar sampai ke petang," Bayah menggeleng-gelengkan kepala melihat barang yang kubawa balik. Aku hanya mampu tersengih dan masuk ke dalam rumah. Malamnya aku tertidur awal tanpa makan apa-apa sepanjang hari.


"Kau nak pergi kerja jugak ke ni?" soal Bayah sambil menekap tangannya didahiku yang terasa bahang panas.

"Yup, kerja tu penting. Lagipun, aku kuat lagilah. Kang kalau aku rasa nak tumbang tu, aku baliklah," balasku separuh bergurau.

"Degil betullah kau ni. Ikut suka hati kaulah. Apa-apa hal telefon aku tau," pesan Bayah sebelum aku keluar dari rumah. Aku menganggukkan kepala dan keluar dari rumah sebelum Bayah membebel lebih banyak lagi.


"Asal dengan kau ni? Pucat je? Kau ok tak?" soal Liana yang kebetulan lalu ke tempat dudukku.

"Aku ok je, demam sikit je," balasku sambil menarik baju sejukku lebih rapat ke badanku.

"Sikit kau kata. Panas gila ni," ujar Liana setelah merasa dahiku.

"Aku tak gila lagilah, aku ok je."

"Ok kau kata? Panas sangat ni, jom aku teman kau ke klinik," desak Liana.

"Takyahlah. Tengahari nanti Taufik hantar aku ke klinik," balasku.

"Betul ni? Kalau macam tu takpelah. Kau rehat jelah dulu."

"Takpelah, ada kerja nak buat ni. Karang jelah aku rehat."

"Degillah kau ni," Liana menggelengkan kepalanya melihatkan kedegilanku. Sebenarnya, aku tak cakap pun dengan Taufik yang aku demam, jauh sekali aku meminta dia menemani aku ke klinik. Cukuplah kalau selama ni aku banyak susahkan dia.


"Kau dah pergi klinik belum ni?" soal Liana lepas waktu rehat berlalu.

"Dah, tengok ni. Aku dah sihat," ujarku sambil tersengih cam siput basi.

"Oklah macam tu, jangan lupa makan ubat lak," pesannya sebelum berlalu. Sorry Liana, aku terpaksa tipu kau. Tak sampai seminit kemudian telefonku berbunyi, aku tergesa-gesa mengangkatnya, takut orang lain terganggu.

"Assalammualaikum," salam kuhulurkan.

"Wa'alaikumsalam,Fiqa. Sihat ke? Buat apa tu?"

"Siapa ni?" soalku sambil tangan ligat memicit kepala yang berdenyut secara tiba-tiba.

"Ni Fiklah. Hai...takkan berapa hari tak jumpa dah lupa suara Fik," ujar Fik dengan lembut.

"Sorry, Fik. Tadi tak tengok nama sebelum angkat.," memang aku tak ingat pun suara dia sangat tambah lagi dengan keadaan aku yang demam ni.

"Petang ni free tak? Aku nak ajak kau keluarlah."

"Petang? Boleh kot, nanti aku tunggu kau tempat biasa," ujarku.

"Ok. Jumpa petang nanti," balsnya sebelum memutuskan panggilan. Aku bangun dan menuju ke pantry untuk mengambil air kosong, perut kubiar tidak kosong tak berisi sebarang makanan, hanya panadol yang mampu kutelan ketika ini.

Petang itu, kami keluar bersama ke sebuah restoran makanan melayu. Kami bersembang seperti biasa, aku pulak sedaya upaya sembunyikan demamku. Keadaan ini membuatkan aku segar sedikit, maklumlah rindu pada dia menggunung. Lama tak berjumpa membuatkan aku rasa gembira sangat dengan pertemuan sekarang. Dia pun kelihatan ceria sekali.

"Fiqa, aku nak cakap sesuatu dengan kau," ujarnya dengan lambat-lambat.

"Apa dia?" soal aku.

"Kejap ek. Aku nak telefon orang jap," dia bangun dan menuju ke luar restoran meninggalkan aku yang tengah leka menghirup tom yam panas.

Dia kembali ke tempat duduk kami bersama seorang gadis yang comel disampingnya. Aku terkedu melihat keadaan mereka yang seolah-olah sudah kenal lama dan mesra. Sampai ke tempat duduk kami, dia menarik kerusi pada gadis itu, aku tercengang melihat situasi yang membuatkan temperature demamku naik semula.

"Kenalkan, ni Fiqa. Fiqa, ni Awe." Aku tercengang sekali lagi mendengar dia menyebut nama Awe, bukan ke dia ex Taufik.

"Fik, apa semua ni?" aku membentak.

"Sebenarnya, aku nak bagitahu yang aku masih cintakan Awe. Aku tak boleh lupakan dia dalam hidup aku. Maafkan aku..." pintanya. Air mataku laju meluncur mengalir ke pipi, inikah balasan yang aku terima setelah bersama dengannya hampir 5 bulan.

"Aku tak tahu nak cakap apa, apa pun semoga korang bahagia. Kebahagian kau lebih penting dalam hidup aku. Aku mintak diri dulu," aku bangun dan berjalan dengan laju tanpa menoleh pada mereka dan memikir keadaanku yang sakit ketika ini.

Hujan mulai turun dengan lebat diluar disertai dengan guruh yang berdentum kuat. Aku tak peduli semua tu dan berjalan menuju ke seberang jalan dan menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu ketika ini.

Sesampai dirumah, aku segera naik ke atas dan masuk ke dalam bilikku, aku menangis sepuas hatiku dan akhirnya aku terlelap dalam tangisan. Suhu badanku kian naik akibat terkena hujan tadi.


Kini setahun berlalu selepas peristiwa sedih dalam hidupku berlaku, aku kini tenang dengan hidupku sekarang. Cinta? Tiada lagi dalam hidupku...khabar yang ku dapat dari Liana, Taufik sudah berkahwin dengan Awe.

Aku pula menjalani liku-liku hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, biarlah takdir Allah yang menentukan bila sampai jodoh aku akan berkahwin juga akhirnya. Sekali lagi Tasik Titiwangsa ini menjadi tempat persinggahanku.

Setiap hari tasik ini akan menjadi tempat kunjunganku, dan seperti biasa aku akan menyelusuri ditepi tasik, maklumlah dekat K.L ni susah nak dapat laut. Tasik pun jadilah. Aku berjalan sambil pandangan mataku lemparkan ke arah tasik tanpa menyedari didepanku seorang pemuda sedang berlalu sambil berlari kecil lalu kami berlanggar antara satu sama lain.

"Adoi...sorry...sorry..tak perasan," ucapku sambil menggosok dahiku yang tercium dahinya sebentar tadi.

"Takpe..takpe..saya pun mintak maaf," dia memohon maaf denganku. Dia mengangkat mukanya memandang ke arahku, mata kami bertautan dan hati berdegup kencang. Aku bingkas bangun apabila menyedari beberapa pasang mata melihat kami yang tengah buat iklan Cornetto tepi tasik.

"Saya Iqbal," dengan lancar dia mengenalkan dirinya selepas melihat aku bangun.

"Saya Shafiqah," ujarku sambil tersenyum padanya. Kemudiannya bermulalah episod cinta baruku bersama pemuda bernama Iqbal. Iqbal, pada cintanya kusandarkan cintaku.

Tamat

Nukilan:
Nama Pena: ButTerFly_GurL87
URL : http://bluebutterflygurl.blogspot.com/

Cerpen Cinta Online : Peluang Buat Kita

PELUANG BUAT KITA

Ketika dan saat itu
Ku melayari mimpi
Bersama mu…
Disaat jatuh bangun ku
Enkau saja yang mahu
Bersama ku….
Akan aku coret kan
Cerita tentang kita
Suka duka…..
Biar jadi pedoman
Untuk tatapan hidup
Selamanya…
Aku…..
Yang selalu ingin keikhlasanmu
Saat ku tak mampu berdiri…
Coba…
Kau sentuhilah dengan kasih mu
Bersama melayari waktu…
Oh hulurkan tangan mu….
Jangan kau lepaskan ku oh……
Tuk ciptakan bahagia…
Bersama….
Aku…..
Yang selalu ingin keikhlasanmu
Saat ku tak mampu berdiri…oh..
Coba…
Kau sentuhilah dengan kasih mu
Bersama melayari waktu…oh…..

Hidup ini satu perjuangan. Berjuang untuk terus hidup walaupun badai sering melanda.Bagi aku, hidup ku selama ni penuh dengan suka dan duka. Hidup sebagai seorang hambaNYa, seorang anak, seorang kawan dan seorang kekasih hati. Kegagalan yang selama ini kuharungi bagiku itu semua dugaan hidup. Dugaan hidup yang mematangkan diri aku sebagai seorang wanita. Wanita yang mampu berdiri atas kaki sendiri. Wanita yang mampu merawat luka dihati…

TOKKK…TOKKK…TOKKKK…

"Adehh,sape aje la yang ketuk pintu bilik aku ni."
Aku bangun dari katil dan membuka pintu bilikku.
"Idah,ko ni tido je.Bangun la weh.Dah pukul 11 pagi ni."
Aku duduk kembali di birai katil.

"Ko ni kenapa Nora?.Semalam aku siapkan course untuk sem depan."
"Ko ni Idah.Muka tu aku tengok dah macam muka mentadak.Bijik mate dah mcm nak tersembul.Cube la ko wat treatment sikit muka ko tu.Baru ade selera lelaki nak dekat."
"Ko ni masuk bilik aku ni nak membebel je ke?.Baik ko pi masak,pastu bagi aku makan.Ada gak pahala."
"Ko ni,ni ade surat untuk ko.Pak Mat Geleng yang bagi".
Aku mencapai surat ditangan Nora lantas ku buka.
'YuuuHHHHUuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"..sorakku keriangan sambil diperhati oleh Nora dengan wajah peliknya.
"Pesal ko ni Idah??".Soal Nora kehairanan.
"Aku dah dapat............dah dapat dah.."..Jeritku riang sambil melompat-lompat keanak-anakan.
"Dapat ape??".Soal Nora.
"Tawaran De'Monfort!!!!!"..

Kulihat Nora turut menjerit kesukaan..Aku lagi la terjerit-jerit macam orang kena histeria..
Ini idaman aku selama ni.Menjejakkan kaki di bumi asing menjadi impian aku sejak aku menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Sarawak semasa mengikuti pengajian diperingkat Ijazah.Alhamdulillah,berkat kesungguhan ku itu,aku berjaya jua.
Kejayaanku itu ku kongsi bersama mak yang banyak beri semangat buat ku.
"Helo mak.Sihat ke?".Soalku sebaik mendengar suara mak dihujung talian.
"Sihat je.Kau kat mana ni Idah?".Soal mak ku.
"Kat rumah la.Mak,Idah ada nak bagi tahu sesuatu ni".
"Apa tu?"..Soal mak ku.
"Idah dah dapat tawaran Sarjana Teknologi Senireka kat U.K".
Suasana sepi seketika.Aku cuba memanggil mak.
"Idah,mak ada sesuatu nak bagitahu ni."
Aku mula rasa tak sedap hati.Apa lah mak aku ni.Macam menarik je berita ni.
"Apa dia mak?"
"Ahad lepas ada orang masuk meminang kau."

Jantungku seakan-akan terhenti seketika.
"Siapa?"soalku pendek.
"Mak tak tahu.Katanya budak lelaki tu kenal kau.Keluarga dia orang Kota Tinggi".
Aku dah agak dah.Ni mesti.....
"Mak terima ke?"Soalku.
"Kalau kau suka,mak pun suka.Itu pilihan kau Idah."
"Mak,nanti-nanti lah Idah fikirkan ye.
Aku meletakkan ganggang telefon yang ku guna tadi.Fikiranku mula menerawang kisah silam yang sudah kusimpan dilubuk hati dan tiba-tiba ia muncul kembali..

Lepakselalu : Assalammualaikum,Idah...
VanillaIda : Walaikumsalam,am..
Lepakselalu : Ko dah mkn ke??
VanillaIda : Dah,aku makan hati..huhuhuhu
Lepakselalu : Ye2 je ko ni.Tak rindu aku ke??
VanillaIda : Rindu pada yang tak sudi...huhuhu
Lepakselalu : Kalu ko rindu aku,tgk la muka aku kat friendster tu..
VanillaIda : Xnak la..nanti aku angau pulakkk..huhuhu
Tiba-tiba telifon bimbitku berbunyi...Aku tersentak dari lamunan silamku.Aku cuba meneliti nombor asing yang terpapar diskrin telefon bimbitku.
"Helo...".Aku bersuara menjawab panggilan telifon yang tidak dapat ku cam pemanggilnya.
"Idah...".Suara garau seorang lelaki dihujung talian memanggil namaku.
"Am...".Jawabku ringkas
"Ko ape khabar sekarang?".Soal Amri dihujung talian.Aku cuba untuk mengawal nada suara ku yang kian sebak bila mendengar suara dari insan yang ku rindui sekian lama.
"Aku okey.Macam biasa lah.Keje,makan,tido..."..Lawak ku.
"Ko ni tak berubah.Suka buat lawak macam dulu."Amri cuba untuk menenangkan perasaan nya yang begitu rindukan gadis manis itu.
"Aku memang tak berubah.Aku adalah aku.Ko ape khabar sekarang?".Soalku pula.

"Aku okey,kehidupan macam biasa.Tapi,aku sunyi lah sejak ko menghilangkan diri."
"Aku mana ada menghilangkan diri.Aku sibuk dengan study.Abis study,aku sibuk keje.Kumpul harta..".Balasku panjang lebar.
"Sampai hati ko tak contact aku.Ko memang dah lupakan aku ye..".Soal Amri
"Mana ada.Aku sibuk la Am.Aku kan nak pinang ko,kenelah cari duit banyak-banyak."
Aku cuba bergurau.Memang gurauan itu yang sering ku perkatakan dulu.Ketika hubungan aku dan Amri masih baik dan sempurna.Kini,segalanya berubah.
"Ko ni..mana mungkin perempuan meminang lelaki."..Kedengaran gelak tawa Amri dihujung talian.
"Ala,ape lah sangat aku ni.Tak macam awek ko si Lia tu kan.Eh,ko bila nak kawin?"

Aku sengaja mempersoalkan soalan sebegitu.Bimbang jika Amri masih lagi mengharap kasih yang kian ku abaikan semenjak luahan perasaan cintaku terhadapnya dahulu dibalas dengan kekecewaan.Bertahun ku cuba untuk mengubati kekecewaan itu dan semenjak dari itu lah aku cuba untuk melarikan diri dari Amri.Hubungan yang pada mulanya di alam siber membuahkan bibit-bibit kemesraan antara kami.Hubungan yang bagiku mungkin ada harapan untuk menjadi lebih dari seorang sahabat.Tapi semua itu hampa belaka.Rupa-rupanya Amri masih mengharap kasih yang tak pasti.Bercinta di alam siber ini memang menyakitkan.Lia,gadis yang dikenali sebelum aku itu sangat beruntung.Amri begitu setia menanti Lia yang tidak diketahui diri yang sebenar.

Aku cuba untuk mengorek rahsia mengenai Lia dari Amri sendiri dan lelaki itu betah berbicara mengenai cinta sibernya itu.Menurut Amri,dia mengenali Lia setahun sebelum dia mengenali aku.Dia mengenali Lia menerusi yahoo messager dan bermula dari situ dia selesa berkawan dengan Lia.Dia mahu mencari dan menemui Lia tapi ternyata gadis itu seperti melarikan diri darinya.Lia merupakan pelajar Malaysia yang menuntut di negara asing.Saat Amri lincah bercerita mengenai Lia,hatiku seakan hiba bila mendengar cerita Amri.Sungguh!,dia begitu mengharapkan kehadiran Lia dalam kehidupan realiti.Dan aku,saat aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati...aku hanya mampu tergelak kecil bila memikirkan luahan perasaanku itu.Kata Amri,dia selesa berkawan denganku.Dan aku...hanya menerima keputusannya.Semenjak dari itu,aku cuba untuk melarikan diri.Ruangan chatting yang selalu aku layari ku biarkan sepi.Mesej dari Amri ku tolak ketepi.Bagiku,aku tidak mahu menganggu dan menyusutkan keadaan.Amri sendiri berkata kepadaku.Dia keliru untuk memilih aku atau Lia.Dan aku,tidak mahu menjadi penghalang cinta pertama nya.Mungkin Amri bukan miliku.Aku membuat keputusan untuk menyendiri.Aku merasa kasihan melihat Amri dalam dilema memilih pasangan.Bagiku,biarlah aku mengundur diri.Kadang-kadang kufikir,alangkah bodohnya Amri mengharap Lia yang belum diketahui identiti sebenar.Sedangkan aku,semua mengenai perihal diriku dalam koceknya.Sehingga alamat rumahku pun diketahui olehnya.Itulah panahan cinta..

"Idah...."

Kedengaran suara Am dihujung talian.Tersentak aku seketika..

"Maaf Am,aku termenung jap tadi..".Aku tergelak kecil.
"Aku dah agak dah.Ko ni,banyak menung,penuh jerawat kat muka tu".Lawak Amri
"Ala,aku tak kesah pun kalau ada kudis kat muka aku ni...".Aku cuba berlawak dan kedengaran gelak kecil Am dihujung talian.Aku seperti kembali ke masa lampau.Ketika aku dan Amri berkawan baik.Kami sering bergurau begitu dan aku tidak ambil hati jika Amri selalu mengutuk aku yang suka termenung...
"Idah,jom keluar makan-makan esok.Aku belanja."Amri memecah kesunyian.Aku cuba memikir seketika.Setelah hampir 3 tahun aku tidak berhubung dengannya demi mengubat kelukaan dan dia memelawa aku untuk keluar bersama.

"Aku....aku...aku tak bolehlah.Esok aku sibuk sikit."Aku cuba untuk mengelak dari keluar bersamanya.
"Kalau macamtu hujung minggu ni la nak?".Amri cuba untuk keluar juga bersamaku.
"Tengok lah Am,aku tak janji tau".Aku cuba untuk memberi kata putus.Aku memang tak mahu berjumpa dengannya lagi.Entah mengapa tiba-tiba dia muncul kembali dalam hidup aku.
"Aku nak sangat jumpa ko Idah."
"Nanti-nanti lah Am.Aku tak bersedia."Aku memberi alasan sewajarnya.
"Ko tak bersedia?.Maksud ko?".Amri cuba mengorek rahsia.
"Tak ada apa-apa lah Am.Am,aku nak tidur ni.Esok aku keje.Lain kali lah kita borak ye".
"Okey,jaga diri tau".
"Bai,Am…."
"Idah..".Am memanggilku.
"Ye..".Balasku
"Gagaga…saja je aku panggil ko.Ingat tak dulu selalu kita selalu panggil camtu?.Padahal xda apa-apa pun.."
Aku hanya tergelak kecil.Memang itu tabiat kami.Sering kali memanggil nama seperti ada sesuatu ingin diperkatakan,padahal xda apa pun.
Aku meletakkan ganggang telifon setelah habis mengucapkan salam.Kutarik nafas panjang bila mengenangkan Amri yang mahu berjumpa denganku.Jarak antara kami tidaklah jauh.Dia tinggal di Bangi manakala aku di Shah Alam.Dan tidak mustahil la jika tiba-tiba Amri muncul dihadapanku.Menyesal pula aku beri alamat rumahku kepadanya.
Aku cuba untuk meredakan perasaanku…

"Ya Allah,jika dia kau takdirkan untukku,dekatkanlah aku pada dirinya.Jika itu bukan takdirku,jauhkanlah dia dari sudut pandangan dan luputkan lah dia dari hati dan ingatanku…Aminn…"

"Idahhhhhhh………bangun lahhhhhh!!!"
Jeritan dari Nora itu membuatkan aku terjaga dari tidurku.Memang Nora selalu mengejutkan aku pagi-pagi buta.Bunyi tapak kakinya saja mampu membuatkan aku tersentak dari mengelamun..Aku menoleh jam besar yang tergantung di dinding biliku.
"Pukul 6.30 pagi…"Getusku.Aku bangun dari katil dan lantas menuju ke bilik air.Pagi itu aku ada kelas dengan pelajar tahun akhir.Bertambah pening la kepala aku ni..

Kelas seminar tahun akhir berjalan seperti biasa.Aku meneliti setiap hasil karya pelajar ku.Memang susah jadi pensyarah ni.Nak mengkritik hasil karya orang.Pening juga nak bagi markah.Kelas berakhir tepat jam 12.30 tengahari.Perutku mula berkeroncong riang.Aku mencapai telifon bimbitku yang terletak diatas meja pejabatku.
"Helo,Nora.Hari ni kita nak makan kat mana?".Aku menelifon Nora yang berada di bangunan bersebelahan dengan pejabat pentadbiran fakulti Sains Gunaan iaitu pejabatku.
"Idah,hari ni ko makan sorang boleh?.Aku nak pergi meeting jap lagi ni.".Jawab Nora ringkas lantas mematikan talian.Begitulah perangai Nora yang agak kelam kabut.
"Bosannya makan sorang…".Rungutku sendirian.

Aku melihat jadual yang tertampal di tepi dinding berdekatan mejaku.

"Petang ni xda kelas.Baliklah..dok sini lama-lama buat kepala aku pening je."

Aku mencapai beg tangan Gucci kesayangan ku lalu bangun dan mengunci bilik pejabatku.Jika Nora ada mesyuarat,aku pulang menaiki bas yang tersedia di luar kampus UITM ini.Dan aku tidak kisah jika dianggap seperti pelajar ketika menaiki bas bersama pelajar-pelajar UITM yang mahu ke luar kampus.Aku masih mengumpul duit dan cuba untuk berjimat cermat.Aku berhasrat untuk membeli sebuah rumah berdekatan UITM.Dan aku tak kisah jika kakak sulungku sering mengelarku anak dara kedekut.Bagiku,aku bukan lah kedekut tapi berjimat.Untuk masa depanku juga.Aku jenis wanita yang berdikari.Cukuplah mak dengan abah yang banyak membantu dari segi kewangan sewaktu aku menuntut dulu.Dan sekarang giliran aku pula membalas jasa yang tidak ternilai dengan wang ringgit.Bagiku itu adalah satu tanggungjawab besar.Kakak sulungku sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai tanggungjawab sendiri.Adik lelaki bongsu ku pula masih menuntut dalam tahun 2 jurusan pendidikan Sejarah di UPSI.Aku hanya 3 beradik.Kalau tidak aku,siapa lagi mahu diharapkan.Mujurlah rumah ku tidak jauh.Keluargaku menetap di Klang,hanya setengah jam perjalanan dari UITM,tempat aku mengajar.Keputusanku untuk tinggal bersama Nora hanyalah untuk mengurangkan beban rakan baikku sejak kecil itu membayar sewa bulanan.Lagipun aku tak lama tinggal ngan Nora.Lagi 4 bulan dia mahu bergelar seorang isteri dan aku hanyalah peneman setianya.Beruntung Nora,bercinta 2 tahun terus kawin.Aku???..kawan lelaki pun tak ada.Kesian....

Bas yang ku naiki berhenti betul-betul dihadapan kompleks PKNS Shah Alam.Aku turun lalu menuju ke restoran KFC berhadapan dengan stesen bas tadi.Ketika aku berjalan menuju ke restoran KFC,seorang lelaki berkaca mata hitam menghalang perjalananku.Aku berhenti melangkah dan dahiku mula berkerut dan hatiku berkocak-kocak.Amri.....

"Lajunya jalan.Nak gi mana tu cik kak??".Amri tersengih sambil membuka cermin mata hitamnya.
Aku hanya tersenyum tawar sambil menyumpah-nyumpah dalam hati.Macamanalah aku boleh jumpa dia ni.Menyesalnya tak naik teksi..
"Eh, am.Macamana ko boleh ada kat sini??".Aku cuba tersenyum sambil pura-pura seronok terserempak denganya.Padahal dalam hati....
"Aku ikut ko tadi kat UITM...".Ringkas saja jawapannya.

"La...".Aku mati akal.Ish,kacau tul la.Macamana dia tahu aku keje situ.Ni mesti dia tepon umah dan mak aku yang bagitau.
"Ko nak gi mana ni?.Makan ye..Jom la,aku pun dah lapar sangat ni.".

Aku kasihan melihatnya.Jauh-jauh dia ikut aku,xsampai hati pulak nak menolak.Lagipun aku mati akal,tak tahu alasan apa nak bagi ni.
"Jom la tapi ko kene belanja aku la.".Aku berjalan beriringan dengan Amri.Kulihat kami seolah-olah secocok.Yelah,sama-sama tinggi dan saiz badan pun lebih kurang..Tapi,ape kan daya...

Sambil menjamu selera,Amri lincah bercerita selama aku tidak berhubung dengannya.Cuma cerita mengenai Lia yang tidak terkeluar dari mulutnya.Malas aku nak bertanya.Lagipun hati aku dah pudar mengharap kasih darinya..

"Idah,ko dah ada pakwe ke?".Soal Amri.
Tersentak aku seketika.mana mungkin aku ada pakwe.Yelah,luka dihati belum terubat.Bisikku.

"Aku sibuk la Am.Tak ada masa nak cari.".Balasku ringkas.
"Aku tunggu ko pinang aku ni.Kan dulu ko penah cakap."Amri cuba berseloroh.
"Ish,itu cakap aku je.Tak kan aku nak pinang lelaki.Tak penah dibuat orang."Aku tergelak kecil mengenangkan ayat bodohku ketika aku galak berchatting dengan Am dulu.Saja mengusiknya.

"Takpe-takpe.Senang-senang aku jelah pinang ko".
Tersedak aku dibuatnya..Aku mengerut dahi.Gila apa???
"Aku acah je la.Mana mungkin ko nak aku yang kulit hitam cam ni".
"Am...".Panggilku pula.Aku ingin membongkar rahsia.
"Yup..".Amri memandangku.
"Mana Lia?".Aku cuba menyoal Amri.Tiba-tiba rasa bersalah muncul dalam diriku.Saat-saat ni memang tak sesuai aku tanya soalan camtu.Ape la aku ni...
"Entah la Yuna.Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya,kemana dia menghilang..".Jawab Amri tenang.
"Ko tak cuba cari dia?".Soalku pula.
"Ko tau kan,aku Cuma tau dia duduk kat Shah Alam ni.Besar tu aku nak cari.Pastu aku ada email dia je."
"Ko dah try contact dia?".Soalku
"Dia balas email aku tapi bila aku cakap nak jumpa,macam-macam alasan dia bagi.Aku pun naik boring tau".Jelas Amri.
Padan muka ko!.Tulah,aku nak ko dulu,ko sibuk nak tunggu si Lia tu.Sekarang baru ko tau, "Yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran".Bisik hatiku.
"Dah-dah,aku xnak la tau pasal tu.Ko ni yang ada depan mata aku dah cukup senang hati aku."

Aku hanya tersenyum simpul.Lepas ni jangan harap lah ko dapat jumpa aku.Selesai kami menjamu selera,Amri menawarkan diri untuk menghantar ku pulang.lagi satu hal,kang dia tahu rumah aku,hari-hari pulak aku jumpa dia.Naya….Xnak bagi dia hantar,kang dia ikut belakang pulak.Last-last,lantak kau la Amri..lepas ni aku nak pindah.mesti dia tak dapat cari aku lagi.Dalam kereta kami tidak banyak berbual.Hanya kedengaran lagu-lagu rock zaman dulu dicorong radio.Antara aku dan Am mempunyai satu persamaan iaitu kami saling meminati lagu-lagu rock zaman dulu-dulu seperti lagu dari kumpulan Fotograf,Ilusi,Ekamatra,Legacy,Mega,BPR dan sebagainya.Teringat aku ketika aku berchatting dengan Am…

Lepakselalu : Yuna..aku ada lagi 1 lagu ni.Ko cari tau kat You Tube.Best lagu ni..
VanillaIda : Lagu apa tu?Macam menarik je nak tau..uhik3
Lepakselalu : Lahar Cinta-Finalist
VanillaIda : Okey2,jap lagi aku cari.Kalu ade lagu2 lama yg aku xde,ko bagitau ok.
Lepakselalu : Beresss…

"Idahhh…"
Lamunanku terhenti.Suara Amri mematikan lamunanku.Kulihat pagar pintu rumahku terbuka dan kelihatan kereta Proton Wira di halaman rumah.Tentu Nora dah balik.
"Ni la rumah ko?."Soal Amri sambil melihat kewasan sekeliling rumahku.
"Terima kasih la Am sebab belanja aku makan dan hantar aku balik.Terharu la aku..".Aku tergelak kecil.
"Ala,tak ada hal la.Lepas ni boleh la keluar makan dengan aku lagi ye.."
Aku hanya tersenyum manis.Aku keluar dari pintu kereta VIVA milik Amri.Setelah Am berlalu meninggalkan aku,hatiku terusik kembali.Am,aku sedia terima kau jika kau terima aku seadanya....

Semenjak hari itu hari-hariku kian ceria seperti 3 tahun dulu.Kerap kali juga aku keluar makan,tengok wayang dan jalan-jalan bersama Amri.Tetapi aku dapat rasa ada 'batu penghalang'yang akan menamatkan hubungan aku dan Amri.Minggu lepas aku balik kampung.Ni semua pasal mak la.Dok sibuk-sibuk suruh aku balik dan berkenalan dengan bakal laki aku tu.Sangkaan ku orang yang datang minang aku tu si Amri sebab mak aku cakap orang tu dari Kota Ti nggi dan kebetulan pulak Amri memang dari Kota Tinggi tapi sangkaan ku meleset tatkala mengenali keluarga pihak lelaki dan lelaki berkumis nipis tu yang sungguh berani meminang aku.Berani betul ko ye...siaplah!.

"Cantik betul Faridah ni ye.Tak sia-sia lah mak datang meminang."
Wanita separuh usia itu tergelak kecil sambil matanya merenung tubuhku atas ke bawah.Mak?????...eh,belum lagi ye.Ntah aku nak ke tak anak die tu,suka-suka je suh aku panggil dia mak.Hiii...ngeri-ngeri.Tapi bila aku tengok Makcik tu,aku jadi kesian pulak.Makcik tu memang mengharap aku jadi menantu dia.Tapikan,hati aku ni meronta-ronta cakap 'AKU TAK NAKKKKKKKKKK!!!!!'..Fuh,camtu la aku nak cakap tapi tak sampai hati pulak.Aduh,sakit tul hati aku ni.Malam itu kami sekeluarga berkumpul diruang tamu sambil menonton tv.Aku tau,mesti mak dan abah nak cakap pasal peminangan tu.Yang akak aku sibuk benar suruh aku kawin cepat.

"Macamana Dah?".Dah panggilan ku dirumah,nama manja la konon-konon.
Aku hanya mendiamkan diri sambil mataku sibuk melihat rancangan di tv padahal aku kalau boleh nak je cakap 'IDAH TAK MAHUUUU!!!!!"...tapi apakan daya...Bagiku,aku cukup gembira jika mak dan abah pun gembira.Mereka telah banyak berkorban untukku.Tak sanggup rasanya aku nak mengecewakan mak,abah dan makcik tu..

"Abah mak,kalau mak dan abah dah setuju terima peminangan tu.Idah akan terima dengan seadanya'.Balasku tenang.Aku cuba berlagak tenang tapi dalam hati....
"Eh,Dah.Yang nak kawin kamu.Kami ni hanya menyampaikan hajat je.Kalau kamu tak nak,cakap je tak nak'.
Wah!!!...cayalah mak.Macam tau-tau je hati aku ni.Biasalah aku,anak mak....tapi aku fikir gak.Yelah,umur aku dah nak 28 ni.Tengah ada orang nak ni baik aku terima.Kang tak kawin lak aku.Amri????..aku tahu dia masih mengharapkan Lia.Biarlah dia begitu...penunggu setia.
"Tak mak,Dah terima dia mak".Ucapku sambil duduk melutut menghadap seorang ibu yang amat kukagumi selama aku hidup ini.Inilah pengorbanan yang tak ternilai oleh aku sebagai seorang anak.

"Idah,nanti akak buatkan kek coklat untuk hantaran ko ye.."
Amboi-amboi kakak ku,belum pun aku nak fikir bab hantaran,dia pulak dah sibuk-sibuk.Aku merenung cincin yang tersarung cantik dijari manisku.Amri,pergilah kau dari dunia aku selamanya.Sesungguhnya cinta ku ini terlalu suci dan aku akan pendam sedalam-dalamya dan aku tak akan sedetik pun mencintaimu lagi..
"Betul ke ape yang ko cakap ni Nora??"

Amri terkejut tatkala mendengar cerita dari Nora,rakan serumah Idah.Tatkala itu Amri merindui gadis tinggi lampai itu lalu pergi kerumahnya.Apabila dia sampai dihalaman rumah Idah,kelihatan Nora sedang menyiram pokok bunga kertas dihalaman rumah.Idah tiada dirumah dan kata Nora,Idah akan berkawin hujung minggu ini.Kiranya cuma ada 6 hari saja lagi.Sampai hati Idah tak bagitau aku.Aku berlalu dari rumah Idah..Otakku mula berfikir.Kenapalah aku tak cakap hal yang sebenarnya???..Kan dah rugi.Mahu gak aku gigit jari ni.Aduhhh......

Idah meletakkan semua beg plastik diatas sofa.Tidak terlarat nak bawa masuk biliknya ditingkat 2.Badannya terlalu letih,mata mengantuk.pagi-pagi lagi Kak Long sudah datang menjemputnya untuk keluar membeli barang hantaran.Nasib baik tak ada kelas hari itu.Beria-ia betul Kak Long mengajaknya membeli barang hantaran.Ingat nak ajak je Nora keluar 2 hari lagi tapi bila membayangkan majlis perkahwinanku yang akan berlangsung 6 hari lagi.Fikiranku mula berserabut memikirkan bagaimana nak berhadapan dengan dunia baru itu nanti.Kad sudah diedarkan dan aku sendiri tidak melihat langsung kad kawinku itu.Semua nya diuruskan oleh ahli keluargaku sendri.Aku merenung barang-barang yang ku beli tadi.Tiba-tiba mataku terpaku pada set wangian Dashing yang menjadi kegemaran Amri.Aku selesa dengan bau tersebut setiap kali Amri keluar denganku.Tapi sayang, selepas ini bakal suami ku yang akan memakainya.Aku melihat skrin telefon,tiada panggilan atau mesej dari sesiapa termasuk Amri.Selalunya penuh inbox aku dengan mesej dari Amri.Tapi tidak hari tu.Aku mula berteka teki,mungkin dia telah mengetahui hal sebenar dan aku bersedia untuk itu.Biarlah dia tahu dari mulut orang.Tak sanggup rasanya aku nak bagitau dia sendiri...tak sampai hati!.

Tiba-tiba mesej masuk dalam enponku.Ku buka dan senyuman ku meleret tatkala menerima mesej dari Amri.
Idah,jom keluar makan.
Aku lapar tau tunggu ko
kuar shopping.Dalam 10
minit aku sampai ye tuan
puteri kesayangan hanba

Aku bergegas ke tandas mencuci muka dan terus bersiap ala kadar.Aku nekad,aku akan cakap kat Am yang aku nak kawin.Maafkan aku Amri...
"Idah.........Am kat luar tu.Baru sampai tu."
Nora menyapaku tatkala aku keluar dari bilikku.Kelihatan muka Nora berkerut.Mungkin ada sesuatu yang bermain di fikiranya.Tatkala kakiku melangkah,Nora memegang bahuku.

"Idah,aku tau apa yang bermain dalam hati dan otak kau tu.Aku harap ko tak salah memilih."
Sedih dan sayu aku mendengar kata-kata Nora.Terima kasih Nora,aku tak akan salah memilih.Aku terus melangkah keluar.Sayu hati aku melihat wajah Amri yang tersenyum dihadapanku.Hatiku tiba-tiba hiba.Tak mungkin kita akan bersama lagi Amri..bisik hati kecilku sambil melangkah masuk kedalam kereta VIVA Amri.Sewaktu didalam kereta,Amri lebih banyak berbicara berbanding aku.Kalau selalunya,aku yang akan membebel panjang hingga pernah suatu ketika Amri menegurku.

"Minah,apesal mulut ko ni asik bercakap je?.Ko tak penat ke?"
Aku mula naik angin ditegur seperti itu.
"Mamat,ni mulut aku.Suka hati aku la.."
"Malang betol la laki ko nanti dapat bini yang suka membebel.."Amri tergelak kecil.
Aku mula mengerling kearah Amri yang mengejek ku.Lantas tanganku mencubit lengannya.Menjerit kecil Amri tatkala aku mencubitnya....padan muka ko!.
Tapi malam itu aku lebih banyak mendiamkan diri.Seharusnya aku tidak sepatutnya keluar dengan Amri saat itu.yelah,aku ni tunang orang,tak pasal-pasal heboh satu kampung aku ni curang..Hiii..Tapi malam tu aku dah tak kisah.Ni malam terakhir dan terakhir kali aku jumpa Amri.Maafkan aku Am...
Amri memakir keretanya dihadapan restoran Ombak Pantai.Aku dan Amri turun dan menuju ke dalam restoran.Aku jadi pelik sebab selalunya kedai mamak tepi jalan je tempat kitaorang makan tapi malam ni lain betul.Restoran esklusif dan romantik...Adehhh,penin kepala aku ni.
"Am,ko dapat bonus ke nak belanja aku makan kat tempat cantik ni??"Soalku sambil mataku melihat kawasan sekitar restoran.
"Ade ke aku cakap nak belanja ko makan?.Aku nak belanja ko minum air suam je."
Amri mengekek gelak.Memang nak kene sekeh budak ni...
Pelayan restoran datang mengambil pesanan kami.Setelah selesai,pelayan itu pergi dan suasana agak sunyi seketika.Aku sebenarnya tidak gemarkan suasana seperti itu tatkala aku bersama Amri.Bosan....
"Idah,ko nak dengar tak cerita aku??"

Aku cuba menatap wajah Amri yang tenang..

"Dulu aku suka kat sorang minah ni.Orang tu rapat ngan aku.Mula-mula aku memang suka kawan ngan dia tapi lama-lama aku jadi betul-betul suka kat dia lebih dari seorang kawan.Tapi ada yang menghalang hubungan aku ngan dia.Jadi aku pun mengalahlah dan sampai sekarang dan selamanya aku akan suka kat dia".
Aku mendengar cerita Amri dengan kusyuk.Tak pernah pulak Amri cerita kat aku sebelum ni.
"Ko suka ke cinta??".Soalku

"Suka aku lain Idah.Suka aku ni termasuklah cinta,sayang,rindu..semualah.."
Beruntungnya perempuan tu...bisik hatiku.
"Beruntung Lia..."..Ujarku
"Bukan Lia..."..Balas Amri.Dahiku mula berkerut...kalau bukan Lia,sape??.Aku,sah-sah la memang tak ada dalam list...
"Nama orang tu....FARIDAH HANUM ARIFFIN..."
Aku terkejut tatkala namaku disebut..Mana mungkin...tidakkkk..tidakkk...
"Am,ko jangan main-main.Aku tunang orang Am..".Hatiku mula berdetak..
"Idah,aku tau ko akan terkejut.Aku memang suka ko Idah.Aku mula sedar aku cintakan ko sejak aku sedar diri yang Lia tak akan muncul depan aku."
"Maksud ko?"
"Aku kene tipu.."

Aku mengeluh berat.Tak ku sangka apa yang berlaku dalam hidup ko Amri.Maafkan aku...
"Ko ni memang gila la Am...".Hanya kata-kata itu mampu keluar dari mulut aku yang laser ni.Ish..isk...sejak bila lah mulut aku laser macamni.Mahu aku tak cakap die gila.Dulu aku dah separuh gila bila dia cakap dia anggap aku macam kawan.Malu sekampung aku masa tu,memang ayam berak kapur la aku mase tu.Sekarang lepas aku dah sah-sah nak jadi bini orang,dia lak cakap suka kat aku.

"Aku sedar selama ni aku bodoh layan perasaan sorang-sorang.."
Dalam hati aku...ko memang tersangatlah bodoh....hiiiii,jahat aku.

"Am,aku nak balik.".Aku dah tak tahan dengan situasi macamtu.Dan aku tak sanggup lagi dengar mulut Amri cakap yang bukan-bukan.Dibuatnya dia suruh aku putuskan pertunangan aku dengan lelaki...apa ke namanya bakal laki aku tu..ah!memang gila.
"Idah,aku nak bagitau ko yang.................."..Kata-kata Amri mati disitu kerana saat itu kakiku sudah melangkah keluar dari restoran Ombak Pantai.Ish,pesal pulak aku rasa macam lambat benar aku jalan ni.Nak je aku lari 4X100 meter masa tu.Amri melaung namaku dari jauh dan berlari anak mendapatkan aku yang terkedek-kedek jalan.

"Ko tak nak dengar ke apa yang aku nak cakap ni?".Soal Amri termengah-mengah.
"Tak nak!.Aku nak balik..".Balasku ringkas.Dalam perjalanan pulang,kami hanya berdiam diri.Berat pulak mulut aku ni nak bercakap.Kang aku cakap,tak berhenti pulak.Baik diam,bisik hati kecilku.Ku cuba mengerling wajah Amri disisiku yang asyik memandu.Erm,manissssssssss...............Astagaaa,aku kan tunang orang.
"Apa yang ko tengok-tengok tu?.Dah terpikat dengan aku ke?".Soal Amri tiba-tiba.Terkejut aku,agaknya dia perasan kot aku tengok dia.Hiii...malunya!.Aku hanya mencebik dan mengalihkan pandanganku keluar tingkap.Sesampainya dirumah,kami masih lagi membisu.Saat kakiku melangkah keluar dari kereta Viva milik Amri,barulah kedengaran Amri bersuara.

"Idah,aku sayangkan ko sampai bila-bila".Ucap Amri penuh syahdu.Saat tu macam nak luluh je jantung aku ni.Kalau diberi pilihanlah masa tu,sanggup aku kawin lari je ni tapi bila terpandang cincin permata berlian kat jari manis aku ni...rasa macam nak potong je jari ni.Apsal lah ko lambat sangat Am.Kalaulah ko cakap kat aku macamni dari dulu,mahu gak anak kita dah masuk 3 orang.Aku tidak dapat menahan sebak,airmataku mula bergenang.Maafkan aku Amri!.Masuk je rumah,terus aku menangis tak henti-henti.Nasib baik Nora dah tidur kat bilik dia dan aku kalau nangis memang tak da bunyi.Tau-tau airmata ni dah nak sebesen.Gila betul Amri!.Aku cuba mengenang peristiwa tadi,betapa gilanya cinta aku ni.Tiba-tiba mataku terpana melihat kad perkahwinanku yang terletak diatas katil.Aku melihat nama yang tertera pada kad berwarna keemasan itu.Warna kegemaran Amri.Kalau aku,aku nak je warna hijau,biar nampak meriah sikit.IDAH dan EPUL....Ermm,sedap jugak nama bakal laki aku ni.Epul...apa nama betul die ek.Aku selak bahagian dalam kad dan melihat nama sebenar bakal suami aku.
"Saiful....".Aku terkejut saat melihat nama yang tertera pada kad itu dan kenangan dahulu mula menerpa dalam ingatanku secara tiba-tiba.

VanillaIda : Am,mak ko panggil ko ape ek?
Lepakselalu : Kat rumah orang panggil aku EPUL.
VanillaIda : Nama manja la tu eh.
Lepakselalu : Nama je manja tp orgnya tak manja

"Wah,berseri-seri muka Idah ni eh.Tak payahlah Mak Mah make up lebih-lebih".Ujar Mak Mah selaku mak andam yang telah ku upah bersama pakej perkahwinan yang telah disediakan.Suasana rumah kampung 2 tingkat itu riuh rendah dengan orang kampung yang sibuk memasak lauk untuk jemputan.Aku dan Mak Mah berada di tingkat bawah sedang bersiap untuk majlis akad nikah yang akan berlansung 4 jam lagi.Sibuklah Mak Mah menyolek dan mendandan aku.Ditingkat atas pula sedang diadakan majlis marhaban dan cukur jambul anak kakakku yang sulung.Memang rumahku tatkala itu begitu meriah,naik pening aku tengok.Adik lelaki ku yang bongsu pula sibuk menjadi cameraman tak berbayar dan asyik merakam gambarku sejak aku pulang kekampung.
"Idah,ko dah tau ke siapa bakal laki ko tu?".Soal Nora kepadaku.

"Dah,aku call dan mesej dia banyak kali tapi dia tak angkat."Balasku pula sambil membetulkan keronsang emas baju kebaya songketku.
"Aku yang suruh dia jangan angkat call ko."Nora terkekeh-kekeh gelak.
"Kurang asam ko,nak menyeksa aku lah tu."Balasku pada Nora yang sudahpun disahkan mengandung 2 bulan.Bunting pelamin la katakan.
"Idah,jom kita naik atas.Akad nikah dah nak mula tu."Ucap Mak Mah kepadaku.
Saat itu dadaku berombak kencang dan bertambah kencang dan aku mula berpeluh-peluh saat Amri melafaskan akad nikah.
"Aku terima nikahnya Faridah Hanum binti Arifin dengan mas kawinnya RM1001 tunai."Ucap Amri tenang.

Ketika Amri nak sarungkan cincin di jariku, kedengaran suara Amri betul-betul dicuping telingaku menyebut.........

" Sayang ayang selamanya..".

Sekian.

Nukilan:
Nama Pena: Pangeran Chenta Raffidah
Email: fairidasari@gmail.com
URL : http://cahayahidup-raffidahasari.blogspot.com/





Suka tak baca karya ni? Apa kata bagi semangat kat penulis dengan menghantar komen, ulasan atau pendapat. Terima kasih daun keladi. Lain kali komen lagi.